Popular Post

Posted by : Unknown December 19, 2015


Lagi seminggu lebih, cuti umum sempena Christmas Day. Ayah haku cukup suka pada setiap kali Christmas, mana taknye, birthday dia jatuh pada 25 Disember setiap tahun.

Ada penduduk beberapa negeri bakal bercuti panjang sempena Christmas nanti, dah susun cuti membawa ke New Year kot. Tapi bagi penduduk sesetengah negeri yang New Year tu tak di sambut sebagai cuti umum, sikit je la cutinye. Dan haku pun sikit saja cuti memandangkan haku bakal bekerja di negeri yang New Year bukan cuti umum.. Sedeyyy occay. Nak cuti lahhh... Berbelas tahun sebelum ni haku cuti pada New Year.

Tahun-tahun sebelum ni (sejak single), Christmas haku dipenuhi dengan makan-makan, minum-minum sampai pengsan dan penuh dengan nyanyian. Bukan celebrate, tapi cuma menggunakan masa cuti yang ada dengan aktiviti yang menyeronokkan. Makan pon selalunye makanan yang jarang dijual di Malaysia, minum minuman yang jarang haku minum di hari biasa dan diselang seli dengan suara sumbang yang haku panggil sebagai menyanyi (orang lain sure cakap tu bukan nyanyi, tapi baca teks. Hahaha...)

Selama tempoh tu, tahun pertama aje haku dapat gift dan sedikit duit Pound sebagai duit raya. Selepas tu takde lagi.

Tahun ni, seronok gak kalo boleh dapat duit raya lagi and christmas gift. Nanti nak letak la stokin kat katil, mana tau Santa datang and gimme some ideal gift. Pastu, boleh la tebang pokok mempelam yang dah remaja tu, pacak kat laman umah dan hias ala-ala Christmas tree kan. Hahahaha, tua dah weii, dok berimagine macam kids lagi.

Actually, 4 hari sebelum Christmas merupakan hari haku mula bekerja setelah 3 bulan haku menganggur. 3 bulan hidup haku makan tidur dan tak ubah macam anak dara sunti, sepanjang masa dok rumah je. 3 bulan yang merubah haku dari somebody kepada nobody.

Akhirnya, haku merasa juga bekerja opis hour. Jika dulu haku banyak bekerja mengikut masa sesuka hati, and then dual shift siang atau malam. Nih merupakan seken time la rasanya. Dulu-dulu dah pernah kerja opis hour ni selama 3 bulan dengan Irhami & Co. Cuma, maybe haku tak merasa untuk terperangkap dengan jammed sebab lokasi company baru tu memang smooth aje kat jalan. Cuma, jauh siket la dari rumah haku stay, around 40km. 

Well, hope it (my new job) will help me to gain my target very soon. Coz I dont think I can be a good worker to other for a long period, otherwise, I only love to run my own business with my own way and style. Adios..

Note:

Struggle dalam business mungkin mengungkit cerita lama dan ia amat memedihkan.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 my PLU life, my PLU words, my PLU mind - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -