Popular Post

Archive for April 2016

#4 Hampas

By : Unknown

Aku tamatkan life Matrikulasi aku dengan sikit kepayahan. Aku dihalang menduduki final exam pada mulanya, tapi atas bantuan Sir Razak, ditambah pulak dengan rekod persatuan aku yang baik, aku dibenarkan juga untuk menduduki exam.  Masa cuti final, sengaja aku tak balik kampung. Sengaja aku habiskan masa di kampus. Sengaja aku buat part time di pejabat Kolej. Untuk dapat duit extra katanya.

Masa ni aku makin rapat dengan Mus. Setiap malam, pasti aku akan call dia kat Johor. Dari sembang biasa mulanya, hinggalah kepada sembang dewasa. Merayu, meratap, rindu, cinta dan ada kalanya merajuk. Sweet.

Lagi tiga hari untuk aku teruskan pengajian aku ke peringkat seterusnya. Result Matrik pun dah keluar. Gabra siot sewaktu melangkah ke HEA untuk ambik result. Tapi nasib sebelahi aku. Aku berjaya untuk dianugerahkan Sijil Matrikulasi walaupun sijil itu tidak membawa sebarang erti, melainkan sebagai tiket untuk aku teruskan pengajian aku.

Lagi tiga hari untuk aku mulakan hidup aku di kolej untuk pelajar-pelajar ijazah. Lagi 3 hari aku boleh tinggal di koleh matrik ni. Mus pun dalam perjalanan ke kolej dari Johor Baharu. Tak sabar aku tunggu. Apa aku buat serba tak kena. Rindu sangat. Selama ni, hanya curah rasa dengan suara saja. Malam ni, bakal bertemu muka. Entah sama mesranya seperti dalam telefon. Atau masing-masing malu untuk bertukar cerita.

Mus dah sampai, sekeping kad music diserahkan kepada aku. Bila buka, terpacul gambar-gambar 3D yang cantik. Terdengar bunyi musik yang romantis sekali. Aku senyum.

"Thanks Mus. Susahkan ko je." Kembang lubang idong aku. Selama ni mana pernah orang bagi hadiah kat aku. Jangan kata hadiah biasa-biasa, hadiah luar biasa pon tak pernah. Kire pengalaman pertama la nie.

"Tak susah pun Shah, bile dah sayang, susah macam mana pun takpe." Mus senyum. Sweet sangat dia senyum dengan gigi sumbing dia tu.

Malam tu menjadi malam pertama kami berdua. Kerinduan yang bersarang sepanjang cuti semester dilepaskan malam itu. Dan bermulalah episod aku dengan Mus sebagai pasangan kekasih. Kalau dengan Faez dulu tiada kata-kata yang mengikat, tapi dengan Mus, kata-kata telah menjadi satu janji yang mengikat hubungan terlarang antara dua lelaki. Kononnya.

Sejak itu, hidup aku terasa bahagia. Walaupun kami tinggal berjauhan, aku di Kolej Barat, dia di Kolej Timur, tapi kami sering berjumpa. Ada kala aku di bilik dia, ada kala dia di bilik aku. Bahagia. Sakit ada yang jaga, makan ada yang teman.

Hubungan aku dengan Mus ada mata yang perhati. Ada mata yang dengki. Mungkin usia aku masih muda, ditambah dengan kematangan yang belum tiba, ditambah dengan kepanasan hati, aku pernah berperang dengan gayboy lain semata-mata kerana Mus. Dan sejak itu, cerita tentang aku dengan Mus mula meniti dari bibir ke bibir.

"Mus, ko dah dengar cerita pasal kita?" Tanya aku pada dia pada suatu hari.

"Biarkan je Shah. Esok lusa diam la tu. Buat bodoh je." Tenang betul Mus. Selamber badak je respon dia sambil meperkemaskan pelukkannya di dada aku. Sesekali diciumnya pipi aku. Hangat.

"Aku tak biasa la face masalah macam ni. Stress."

"Biarkan je, lagi kita melayan, lagi la diorang suka. Jangan cepat melenting. Buat macam tak de apa-apa je." Kadang-kadang, Mus lebih dewasa dari aku. Tu yang aku rasa.

Seminggu dua selepas tu, cerita pasal aku dengan Mus mula suam. Walaupun ada yang bertanya, pasti aku akan menafikan sekeras-kerasnya.

"Wei Shah, hang ni gay ke?" Soalan maut dari seorang batchmate aku. Dia ni lembut.

Macam mana ni. Nak jawab apa. Senyum je la sambil tengok minah tak siap nih. Sambil-sambil tu boleh fikir apa jawaban yang nak bagi.

"Hang tak jawab pon aku dah tau Shah. Aku makan garam dulu dari hang. Tengok pon aku dah tau. Don't worry dear, aku bukan jenis TV3." Dia gelak. Faham-faham la kalau jenis minah tak siap ni gelak. Very the over.

"Pasai apa hang tanya ni Romzi. Tiba-tiba ja." Aku masih berkecuali dengan soalan cepumas dia.

"Tadi, Nazlein tanya aku. Dia dengar cerita hang dengan Mus tu. Untung hang kan, dapat Mus. Hensem, barang tentu baik. Jawalah katakan." Aku tersentak. Mampus.

"Ish, mana ada. Aku ngan Mus tu kan rapat dari Matrik lagi. Dia kan roomate Zam pengganti aku tu. Dia dah macam adik aku la." Dada aku berdentum dentam. Risau.

"Jangan tipu aku Shah. Kita kawan dah lama. Kalau ada bunyi kentut pun aku dah tau hang ke bukan. Sapa Top nox". Semakin menjadi-jadi minah nih. Kalau dilayan, banyak benda la ditanyanya. Banyak benda la aku nak kena bohong. Dan, makin pening la aku nak melawan soalan dia yang nakkan cerita sensasi tu.

"Ish, dah la. jangan dok dengaq gossip-gossip tu. Aku tau sapa yang mula bawak cerita ni. Hang pon percaya la dengan cerita tu. Mentang-mentang lah satu spesis." Ya, memang aku tau dari mana punca cerita ni tersebar. Silap aku juga, aku berkongsi isi hati aku dengan manusia yang salah. Manusia yang jenis mulut 24 jam terbuka. 

"Hang dengaq cerita ni dari Khairul kan. Si sotong gemuk bestfriend hang tu." Aku diam. Panas je telinga aku masa tu. 

"Memang la, aku dengar dari dia. Tapi Gibeks-gibeks Uniutama puji hang kot sebab dapat Mus tuh. Sebelum ni dia ada skandal dengan budak satu batch dengan dia. Ala, budak Block D Matrik dulu." Dapat satu cerita baru.

Baru aku tau, sebelum ni Mus dah terlebih dulu di mamah oleh junior aku. Dan budak tu pun aku kenal. Tapi, abaikan je. Benda dah jadi sejarah. Wah, memujuk hati sendiri.

Hidup aku dengan Mus bertahan hampir 10 bulan. Sepanjang tempoh tu, hidup kami macam belangkas. Habis saja Matrik, aku usahakan dengan pengaruh aku untuk Mus dimasukkan sama Kolej dengan aku. Tak cukup sama kolej, satu bilik dengan aku. Bahagia. Memang bahagia. Tak perlu rasanya aku ceritakan perjalanan hidup kami sepanjang stay sama-sama sebilik tu. Sepasang kekasih stay together, so pepandailah bayangkan sendiri.

Satu hari, aku dapat phone call dari ayah aku. Mak aku sakit tenat dan aku tergesa-gesa pulang ke kampung. Mak aku merana dengan hypertension dan ditambah pula dengan masalah buah pinggang dan jantung. Selepas beberapa lama berfikir, aku buat satu keputusan yang aku sendiri tidak pasti, tepat atau tidak. Aku terpaksa berhenti dari belajar memandangkan keluarga aku lebih perlukan aku. Aku perlu mengganti tugas ibu aku dalam mengurus makan minum adik-adik. Masa tu dua adik aku bersekolah dan yang bongsu baru berusia lima tahun. 

Aku kongsikan penderitaan aku dengan Mus. Bermula detik itu, aku dan Mus mula merenggang. Hinggalah pada malam birtday dia, hubungan kami tamat. Berakhir kisah aku dan Mus. Yang aku tahu, Mus kini telah dua kali berkahwin. Isteri pertama dia dah meninggal disebabkan kanser.

Aku kecewa. Mungkin disebabkan pengalaman yang masih muda, membuatkan aku silap membuat pertimbangan akal dan terus menambah koleksi dosa. Untuk tenangkan jiwa kononnya, aku mula meneguk arak dan mabuk sampai ke pagi. 



Bersambung di #5
 

- Copyright © 2013 my PLU life, my PLU words, my PLU mind - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -