Popular Post

Posted by : Unknown February 03, 2016

Sejak haku keje, haku jarang-jarang dapat belek blog ni. Kesian kat blog. Nasib la blog ni takde perasaan. Kalau tak jenuh la dia menyumpah haku yang dah abaikan die.

Sebelum haku teruskan memuntahkan isi perut kat sini, haku rasa belum terlambat kalau haki nak wish Tahniah buat Team KTM kerana berjaya melaksanakan misi memecah rekod Malaysia untuk The Longest Cargo Locomotive in Malaysia and South East Asia. Haku tak terlibat secara langsung, secara tak langsung tu ada la siket-siket.

Minggu ni haru biru siket. Masalah kat tempat keje. Macam ni alkesahnye..


Isnin lepas, ada sorang apek mesej haku kat Grindr. Tau kan apa Grindr tu. Haku tak letak gambo haku yang full pon. Gambar sekerat aje. Memang tak boleh teka la siapa haku kalo just tengok pic tu. Apek tu pon letak gambo ape ntah. Haku ni plak jenis tak kisah. Ade gambo ke takde ke, semua haku sembang. Dari chat kat grindr membawa ke wechat. Ala, nak fren-fren je kan. Yang si apek ni pulak beria-ia nak date. Lastly dia mengaku nak ajak haku fun. Hey... Ingat senang kew nak kenal-kenal terus fun. Choy...

Lastly, dia sanggup bayar. Lagi la haku hangin. Dah haku cakap tak nak, tu maksud die tak nak lah kan. Selidik punya selidik, rupanya apek tu anak my boss. Patutlah dia tau tempat keje haku semua. Nyesal plak haku tak block dia dari view moment wechat haku tu. Kebetulan, haku ada haplod pic meja haku dalam tu. Hadoi. Nasib baik haku tak passing phone no and tak cakap nama betul haku. Kalau tak, lagi haru. Dia dok berteka teki sape la si haku nih. Die cakap takde staff situ yang sama nama dengan nama yang haku bagitau kat dia tu.

Esoknye, haku perasan, dia usya semacam dengan haku. Tak pernah-pernah dia datang office pukul 8 pagi. Hari tu sepanjang masa dia di office, pantang ada peluang, sure dia cuba sembang dengan haku. Sampai la waktu balik, dia terus tanya haku pasal chatting kat wechat tu. Mati la haku nak mengaku kan. Selamber je haku cakap, haku tak guna wechat, sebab haku rasa terlalu "tua" untuk pakai tu. Hahahaha... Dia macam tak puas hati. He drove his car and follow haku balik. Bila haku speed, dia pon speed, bila haku potong, dia pon potong, bila haku slow, dia pon slow. Cuma ntah macam mana, haku singgah umah sedara petang tu. Kalo haku terus balik rumah, sure dia pon follow lagi. Haku ingat, masa dalam chat tu, dia ada tanya haku stay mana. Haku pon jawab je la. So bile haku singgah umah sedara yang masih jauh dari rumah haku tu, dia pon mula sangsi sikit. Hope so lah kan.

Lepas kes tu, ada apek lain plak tegur haku kat grindr. Very the hotty. Tapi haku dapat rasa ada yang tak berapa nak kena. Sampailah apek baru tu mengaku yang anak bos haku tu kawan dia. Dia just sampaikan pesan, katanya, anak boss tu sanggup doublekan bayaran asalkan haku sanggup fuck dia. Hurm. Lumayan memang lumayan, tapi haku bukan jenis yang main sebab nak kan balasan, exbf haku tu lain lah. Dia memang jenis tu pon. 

Lastly, haku bersara kejap dari wechat. Haku ignore kedua-dua apek tu. Anak boss terus diam, cuma apek tu aje yang tak jemu-jemu mesej haku kat grindr walaupon haku tak reply satu pun mesej dia. Katanye dia terpikat dengan cara haku chat dengan dia. OMG! Very de bodek kan. Walaupun haku suka ngan apek sorang ni, tapi haku tak nak ambek risiko. Tunggulah, kalau ada masa yang sesuai, haku nak juga kenai apek baru neh.

Sure ada yang akan kata, haku ni racist what so ever. Actually, haku bukan racist. Haku takde masalah untuk berkawan dengan semua orang tanpa kira bangsa apa. Untuk couple plak, hari ni haku lebih suka bercouple dengan non-malay and non-muslim. Why? Pengalaman haku mengajar, Malay and Muslim (baca dalam konteks lelaki plu) susah untuk setia, berkokok lebih ekor berbau taik. Haku Malay, tapi haku kondem bangsa haku sendiri. Why, sebab haku banyak lalui pengalaman yang tak best dengan bangsa haku sendiri. Dan haku tak pernah jumpa lagi Malay couple yang lama relation dia. Jangan salahkan haku kalau haku sendiri tak percaya dengan Malay. 

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 my PLU life, my PLU words, my PLU mind - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -