Popular Post

Archive for July 2014

Kecewa masih berpanjangan

By : Unknown

Dah pukul 5.00 pagi. Masuk hari ke 7 kita berpuasa. Mata aku masih cergas, walaupun badan aku cukup penat. Nasib baik, esok hari Sabtu, hari untuk aku beristirehat.

Tadi, kat FB, aku ternampak dia update tentang baju raya dia. Good for him. Dah prepare untuk raya. Walaupun ada hadir rasa kesal dengan sikap dia yang gagal bertanggung jawab, masih berseronok dengan persiapan raya, lupa akan segala hutang piutang, ada juga terselit sedikit rasa gembira. Gembira sekurang-kurangnya hidup dia lebih sempurna kini (agaknya) berbanding ketika dia bersama-sama dengan aku dulu.

Sudah sembilan bulan lebih rasanya aku dan dia terputus. Kalau nak tau sebab terputus, refer balik la post² aku sebelum ni. Bermakna lebih dari 9 bulan juga la hidup aku jadi tak menentu.

Bohonglah kalau aku cakap aku tak terasa kehilangan. Apatah lagi bulan puasa ni. Sebelum-sebelum ni, tiap hari dia yang belikan juadah berbuka. Nasi ulam, nasi kerabu, kuih muih. Bila hari Sabtu dan Ahad, barulah kami berdua menerjah bazar Ramadhan sama-sama. Sabtu dan Ahad jugalah hari kami survey baju untuk hari raya. Dia jugalah yang pilihkan baju² dan seluar² aku. Dalam almari tu, semua pakaian aku dia yang pilihkan.

Aku dan dia saling mengenali disaat aku tengah down gile. Masa tu aku baru kehilangan ibu tersayang. Memang life aku teruk masa tu. Sejak aku kenal dia, dia berjaya mengembalikan kekuatan dalam diri aku. Setidak²nya aku perlu ada untuk pertahankan dia. Aku berlu kuat untuk menampung kelemahan dia. Itu dulu. Kini, aku kembali "jatuh" dengan kehilangan dia. Malah, kejatuhan ini lebih teruk dari dulu. Kini jatuh aku lebih sukar untuk dipulihkan kembali. Macam bodoh bukan.

Kini juga, aku perlu mendapatkan sendiri juadah untuk berbuka, dan hampir setiap hari aku hanya berbuka dengan air dan kuih semata². Hari pertama, aku menangis sambil berbuka di rumah. Hari kedua dan seterusnya aku juga menangis di merata tempat di dalam kereta sewaktu berbuka, walaupun tak seteruk hari pertama. Teringat gaduh² kecil sewaktu berbuka.

Tiada raya bagi aku tahun ni. Jika 11 tahun dulu aku tidak beraya kerana kehilangan ibu, kali ini aku tidak beraya kerana kehilangan dia dan kehilangan beberapa benda lagi disebabkan dia. Tahun lepas, sebulan selepas raya aku melihat dia kali terakhir. Bagai mana aku boleh beraya lagi lepas ni?

Ramai berkata, life must go on. Tapi tiada yang memberikan caranya. Walaupun aku sudah dewasa untuk berdepan dengan masalah ini, tetapi aku masih gagal. Terlalu banyak dan berat masalah yang ada untuk aku terus hadapi.

Aku akui, aku lemah. Lemah aku juga memaksa aku melangkah tangga² hospital sekali seminggu kini. Selama ni aku kuat dengan ada dia disisi. Kini aku sendirian.

Tag : ,

- Copyright © 2013 my PLU life, my PLU words, my PLU mind - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -