Popular Post

Archive for October 2015

12 tahun punya cerita

By : Unknown



13 September 2015, maka genaplah 2 tahun aku ditinggalkan tanpa sebarang berita. Tarikh ini semakin kekal dalam ingatan aku. Kuat. Teguh. Tanggal tu juga menjadi ulang tahun tanda bermulanya kegelapan dalam hidup aku. Bermula dengan kehilangan dia, kemudian kehilangan demi kehilangan aku lalui. Aku merangkak dalam meneruskan hidup dan terasa amat payah sekali untuk aku berdiri semula.

2003. 
Setelah sekian lama aku dan dia berchatting dan bersms, aku mengambil keputusan untuk bertemu dengan dia. Dari Penang, aku ke Tanah Merah Kelantan. Aku ingat lagi, first date kami dalam bulan puasa. Dia ni student Politeknik Seberang Perai. Tengah Praktikal dekat sebuah syarikat komputer yang agak terkenal kat Kelantan tu. First date, dia bawa aku ronda-ronda sekitar bandar Kota Baru. 

Masa ni aku masih bersedih dengan kehilangan Mak aku. Kehilangan yang amat memberi tamparan hebat dalam hidup dan jiwa aku. Dialah yang memberikan banyak galakan dan harapan agar aku bangkit dan teruskan hidup aku.

Selepas date pertama tu, aku tertanya-tanya. Apakah dia sudi menerima kehadiran aku dalam hidupnya memandangkan aku ni bukan siapa-siapa. Selekeh, kerja pun biasa-biasa (aku baru take over satu business dengan cara yang amat aku tak sangka), rupa pun kurang jika nak digandingkan dengan dia. Aku kuatkan hati, aku cuba melamar dia untuk menjadi sebahagian dari diri aku.

Aku masih ingat, beberapa minggu sebelum semester baru politeknik bermula, dia datang berjumpa dengan aku. Kesian dia. Sampai jam 4 pagi, terpaksa ambil teksi dari Butterworth ke bilik sewa aku di Bandar Perda. Masa tu aku tak de transport. Aku gembira. Kehadiran dia masa tu membuatkan jiwa aku lupa seketika dengan kesedihan yang dah lebih setahun aku tanggung. Dua tiga hari juga dia lepak dengan aku. Kami masih belum declare lagi untuk terikat sebagai sepasang kapel.

Kemudian, aku putuskan untuk menyewa sebuah rumah sendiri. Itu sebagai persediaan setelah dia sendiri menyatakan setuju untuk tinggal bersama-sama dengan aku bila semester baru bermula. Sebelum tu, dia ada berjanji untuk memberikan jawaban sama ada dia setuju untuk menjadi milik aku pada malam pertama kami berdua di rumah baru tu. Dan jawabannya... Ya, dia setuju dengan 4 syarat.
Syarat 1. Jangan libatkan keluarga dalam hubungan ni. Maksudnya, dia takkan kenalkan aku dengan keluarga dia dan dia juga tak nak dikenalkan dengan keluarga aku.
Syarat 2. Jika aku ada insan lain selepas kehadiran dia, aku kena inform kat dia. Bukan bermakna dia cemburu tapi dia tak nak aku tipu dia.
Syarat 3. Jika hubungan kami berakhir, aku tak boleh benci dia dan dia juga takkan benci aku. Pengakhiran tu perlu bertukar menjadi kawan sampai bila-bila. First love katanya. Dia takkan sesekali lupakan aku walau apa pun status aku dengan dia.
 Syarat 4. Jangan manjakan dia dengan duit. Dia janji akan kongsi perbelanjaan kami sama-sama. Kalau tak banyak pun, sedikit dia akan bayarkan.
Semua syarat tu aku terima. Aku amat yakin aku mampu laksanakan syarat-syarat tu. Tapi syarat-syarat tu dia sendiri yang langgar satu demi satu. Hubungan kami memang baik. Aku memang menyayangi dia dan aku juga dapat rasakan dia menyayangi aku. Aku selalu ikut dia balik Tanah Merah, berkenalan dengan keluarga dia dan dia juga selalu balik ke kampung aku, kenal dengan adik beradik aku. Dia juga rapat dengan kakak aku. Sampai hari ni, kak aku selalu tanya aku tentang dia dan aku terpaksa beri jawapan yang bohong memandangkan aku sendiri tak tahu perkembangan dia saat ini.

Selepas tamat pengajian dia di Politeknik Seberang Perai, aku usahakan untuk dia sambung pengajian dia di Cosmopoint Penang dalam jurusan yang dia minat, IT. Masa ni, business aku makin naik dan aku juga sudah mampu membeli sebuah kereta untuk kegunaan aku dan dia. Dia akan guna kereta tu setiap kali dia ke kelas. Setelah beberapa semester kat Cosmopoint, aku perasan cemburu dia semakin menjadi-jadi. Aku anggap perkara tu biasa. Mungkin sebab sayang kot. Tapi jangkaan aku meleset. Dia kantoi sewaktu kami bercuti di Langkawi. Sedang seronok dia mandi manda kat Cenang (aku tak mandi sebab aku memang tak suka mandi laut, doc juga sarankan aku elak dari mandi laut atas sebab-sebab tertentu) aku sibuk baring dalam chalet. Handphone dia vibrate. Satu SMS dia terima dari seseorang bernama Cikgu Ard. 

Cikgu Ard ni mengajar di Sungai Ara, Penang. Asal Kelantan. Mereka sering berjumpa dan bercinta. Mereka pernah berjanji nak balik sama-sama pada hari raya sebelum tu tetapi planning mereka gagal disebabkan aku terlebih dulu dapat menghidu sesuatu yang lain. Masa tu, seperti biasa, aku akan hantar dia ke stesen bas Butterworth untuk dia balik. Dan menjadi satu kemestian untuk tunggu dia naik bas dan aku akan balik setelah bas bergerak meninggalkan stesen. Tapi malam tu, dia suruh aku balik dulu sebelum dia naik bas. Dan dia berpura-pura yang bas tak datang. Dia juga kata, tiket dia dah koyak dan buang ke dalam tong sampah bila aku mintak tiket bas yang dia beli. Demi sayang, aku sanggup hantar dia balik ke Tanah Merah, semata-mata mahukan dia bergembira di hari raya bersama famili dia.

Satu hari, aku panggil Cikgu Ard datang ke rumah aku tanpa pengetahuan dia. Dari situlah aku banyak tahu pasal hubungan dia dengan Cikgu Ard. Dari situlah Cikgu Ard cerita pasal plan mereka nak balik sama-sama tu. Sepatutnya, malam yang dia naik bas tu, dia akan follow cikgu Ard tu balik ke Sungai Ara dulu sebelum balik ke Kelantan keesokkannya. Malam tu sepatutnya menjadi malam pertama mereka.

Kisah curang dia bukan yang tu saja. Bagai mana dia having fun dengan Noramin sewaktu aku balik kampung, bagai mana dia diusung jantan sewaktu dia belajar peringkat Degree kat Universiti Teknikal Melaka (UTEM), kisah dia dengan kekasih Cina dia kat tandas RNR Kulim, macam mana dia kantoi waktu having sex dengan budak Maktab Tuanku Bainun dan macam-macam lagi. Semuanya aku telan dan terus bagi dia peluang semata-mata kerana aku sayangkan dia. Tiap kali dia curang, tak aku nafikan, aku akan pastikan aku buat benda yang sama. Tapi, itu bukan diri aku. Aku bukan jenis macam tu.

2008.
Bila dia mula belajar di UTEM, bermakna bermula la long distance relationship kami. Keadaan mula jadi tak terkawal. Walaupun aku takde bukti yang kuat, tapi hati aku tetap dapat rasa ada benda yang tak kena. Cuma aku pendamkan saja. Masa di UTEM ni juga aku beli sebiji lagi kereta dan kereta lama tu aku bagi untuk kegunaan dia. Bukan apa, tiap bulan duit banyak habis untuk repair kereta lama abang ipar dia. Rasa sayang duit dihabiskan macam tu saja. So apa salahnya aku korbankan kereta lama aku dan beli sebiji lagi kereta baru. Aku dapat tahu, dia kerap tak tidur di hostel. Dia selalu ikut bermalam di rumah jantan-jantan untuk memuaskan nafsu dia. Aku cuma dengar, aku tak de bukti lain langsung.

Masa di UTEM ni la dia kehilangan ibu. Itu membuatkan aku lebih sayangkan dia sebab dia dah kehilangan sayang seorang ibu. Kalau dulu, dia kuatkan aku yang kehilangan mak, kali ni tiba giliran aku. Aku ada disisi dia sewaktu jenazah sedang diuruskan. Aku hadir sebagai seorang yang memberikan semangat untuk dia.Aku masih ingat pada pagi sebelum ibunya dikebumikan, betapa erat dia memeluk aku dalam bilik hotel dengan matanya merah menangis. Betapa susah aku memujuk dia untuk bertenang dan terima semua ketentuan.

Aku juga masih jelas dalam ingatan bagaimana aku memujuk dia sewaktu ayah dia kawin lain selepas beberapa bulan ibunya meninggal. Dia tidak dapat terima kehadiran pengganti ibunya. Tapi aku tetap berkeras, ayah dia juga manusia, perlukan kawan untuk bersembang, perlukan seseorang ketika sakit demam, perlukan seseorang untuk jaga makan minum.Walapun dia tetap tidak dapat terima, tapi hatinya merelakan. Dia juga edar, kesemua kakak dan abang dia jauh untuk jaga ayahnya di kampung. Jadi kehadiran makcik baru sikit membantu.

2011.
Pengajian dia di UTEM tamat. Sebelum tu dia juga balik tinggal dirumah aku untuk praktikal. Lagi sekali aku gunakan kenalan-kenalan aku untuk dapatkan tempat praktikal untuk dia. Kira bernasib baik, Kedah IT sedia terima dia.

Sewaktu pesta konvokesyen dia, aku turut sama  ikut dia. Niat hati nak raikan kegembiraan bersama-sama dengan dia. Tapi, sekeping gambar aku dengan dia pon takde. Itsokey. Aku tak kisah. Biarlah takde gambar, asalkan aku ada dia.

Selepas habis praktikal, dia terus diterima kerja di AIC Semiconductor Kulim. Honestly, sejak dia kerja, dah mula ada pendapatan sendiri, dah beli kereta Alza putih dan kembalikan kereta lama aku sedangkan janjinya macam lain dulu, dia mula berubah. Pelan-pelan aku rasa tiada lagi rasa sayang dari dia. Tiada lagi mintak izin nak keluar atau nak beriadah dengan kawan sekerja. Dari siasatan aku, dia kerap having fun dengan sorang mamat Cina kat tandas RNR Kulim. Dia juga ada affair dengan budak Maktab Tuanku Bainun dan akhirnya tertangkap dengan aku, dan dia juga ada beberapa orang skandal di Tanah Merah Kelantan. Mereka berjumpa tiap kali dia balik ke sana dan jika mereka ada plan untuk jumpa, dia akan pastikan aku tak ikut dia balik.

2013.
Sebulan selepas raya puasa, dia melangkah tinggalkan aku tanpa dia menoleh lagi. 11.30 pagi Jumaat, 13 September 2013 menjadi kali terakhir aku melihat raut wajahnya. Tangisan aku waktu tu langsung tidak memberikan sebarang kesan kepada dia. Aku cuma tahu dia akan pindah ke KL, dua hari sebelum tarikh tu. Sejak tu, apa yang aku usahakan selama ni, sama ada untuk bangkit setelah kehilangan mak aku, perniagaan aku bagaikan direntap. Semuanya hilang satu persatu. Aku yang kuat mula menjadi lemah. Malah aku lebih lemah dari masa aku kenal dia. Kesihatan aku mula merosot sehingga aku terpaksa menerima rawatan pakar. Banyak rancangan aku berkubur dengan tragedi ini. Aku lupakan giliran aku untuk sambung belajar. Aku lupakan planning kami untuk berbusiness sama-sama. Aku lepaskan semuanya.

Aku tak nafikan, birthday aku pada 2013 ni, dia ada bagi sebotol perfume Polo Red. Masa tu dia datang ke Kulim untuk meraikan kenduri kawin kawan tempat kerja lama dia. Dia diam-diam jumpa kawan aku dan passing hadiah tu melalui kawan aku tu. Remuk hati aku. Berkecai kesabaran aku. Untuk apa dia buat macam tu. Kalau dia jumpa aku sendiri, itu lebih berharga dari beratus botol Polo Red. Betapa tersiksa aku rasa waktu tu. Dan siksa tu masih terasa sampai hari ni.

Aku tau, sejak dia di KL, dia dah ada kapel baru. Tapi semua tak kekal lama. Dia lebih senang berpeleseran dengan mana-mana jantan yang dia suka. Malah ada dia juga sanggup dibela. Mungkin kemewahan yang dia mahukan. Macam-macam cerita yang aku dengar tentang dia.

Dua hari lepas, kali pertama sejak aku kenal dia, tiada ucapan selamat hari jadi dari dia untuk aku. Ucapan dari dialah yang paling bermakna jika ada. Ucapan yang pertama adalah dari dia yang aku harapkan. Aku tak mintak hadiah, aku tak mintak kad, cukup kalau FB messege dari dia dengan ucapan happy birthday. Tak perlu keluar duit sesen pun.

Walaupun aku dia dah tak hubungi, tapi perkembangan dia aku tau walaupun tak banyak. Dia dah dapat kerja yang bagsu di Censof Petaling Jaya. Dia dah bahagia dengan hidup dia di sana. Aku? Aku akan nanti dia sampai bila-bila. Gila? Memang aku gila. Aku gila akan dia. Kerana dialah kekasih aku yang paling lama dan yang paling aku sayang.Walaupun dia cakap dia takkan benci aku waktu memula dia terima aku, aku yakin hati dia dah gelap dari terus mengingati aku.

Maaf, ada kalanya aku juga terpaksa buat sesuatu yang diluar batas untuk kelegaan hati aku sendiri. Mungkin memalukan dia, tapi aku juga terpaksa. Hati aku juga aku perlu cuba untuk rawat. Mungkin jalan ini berkesan dan mungkin juga tidak. Aku kini sebatang kara. Tak ubah macam pengemis yang menadah tangan meminta ihsan. 

Tag : ,

- Copyright © 2013 my PLU life, my PLU words, my PLU mind - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -