Popular Post

Archive for 2016

It's not my way dear

By : Unknown
Wow, dah lebih sebulan takde hapdet. Kalau rumah, dah lama kaum jinnie dah buat kawasan penempatan baru. Silap-silap siap sekali dengan theme park.

Sepanjang hampir dua bulan ni, banyak benda berlaku dan ia merubah pola kehidupan haku. Dari bekerja opis, haku kini dah bertukar kerja ke public service dan haku juga bizi dengan kitchen kat kedai haku. Semua yang haku buat kali ni sama sekali berubah bidang. Takde lagi cd-cd installer, takde lagi clamping tools, takde la 'papan ibu' atau keyboard. Haku dan jemu dengan bidang tu dan bidang tu banyak merobek jiwa haku.

Haku masih juga berperang dengan diri sendiri especially pasal kisah silam haku. Banyak cerita pasal tu dalam blog nih.

Hutang. Haku tak nafikan yang haku juga ada hutang dengan kengkawan haku. Maybe ada yang cakap tak banyak. Tapi walaupun RM 10, ia tetap hutang.

Sepanjang tempoh berhutang, haku tak tergamak untuk berjalan-jalan waima berchooti dalam atau luar negeri selagi hutang-hutang tak selesai. Haku juga akan rasa bersalah kalau terbeli barang-barang kehendak selagi segala hutang-hutang tu tak selesai. Maybe sebab takut orang dok bercakap kat belakang, malu wehh. Tapi ada orang tu tanpa rasa bersalah, heboh sedunia bila berchooti. Dia bermuka kulit babi yakni tak tahu erti malu bila orang dok bergossip dibelakang perihal hutang yang tak pernah luak.

Mungkin bila dia dah jadi ustaz facebook, dia halal untuk melupakan semua hutang yang dia ada. Mungkin tuhan dia dah berfirman dalam kitab dia untuk lupakan semua hutang yang ada setelah dia mampu share info agama untuk tatapan manusia lain yang jahil lagi bodoh dalam agamanya. Almaklumlah, dia bijak, suci lagi mulia.

Menjadi setan yang berkulitkan manusia memang mudah. Asal ada prospek, berbicaralah seolah-olah kitalah jelmaan nabi. Bertindaklah seolah-olah kitalah manusia yang adil lagi berakal mulia. Bila tiada prospek yang memerhati, keluarlah dari topeng dan berbuatlah apa yang kita suka. Jika didepan manusia lain, tiada yang lebih straight dari kita. Bila tiada yang memerhati, apa salahnya jika kita jual batang tubuh badan demi nafsu songsang yang meronta-ronta. Terbanglah sampai ke Sydney sekali pun, tetap sanggup asalkan batang konek kita ada yang lolo, demi lubang kemut keliling kita ada yang sondol. Tak perlu peduli, tak perlu risau kerna tiada mata yang memerhati. Masa ni, pedulikan dosa, abaikan pahala. Asalkan rontaan serakah dipenuhi dan kesangapan berjaya dilampiaskan.

Begitulah manusia hari ini. Ramai yang lupa asal. Ramai juga yang lupa usul. Majoriti yang munafik dan tidak kurang yang hipokrit. Susah untuk berjumpa dengan manusia yang mampu menjadi diri sendiri. Masing-masing terlalu mengejar kesempurnaan di pandangan orang lain. Masing-masing tergila-gilakan pujian dan keagungan.

Nota:

1. Entry ini dah basi sebelum haku publish. Dah lama tulis tapi baru malam ni terasa nak share kat siney.

2. Haku baru balek dari Pulau Pinang untuk selesaikan beberapa urusan tertangguh. Dijadikan cerite, haku terberkenalan dengan one gayz ni yang muka dia ada iras-irang ex-bf haku. Acaner tuh...

Tag : , ,

#4 Hampas

By : Unknown

Aku tamatkan life Matrikulasi aku dengan sikit kepayahan. Aku dihalang menduduki final exam pada mulanya, tapi atas bantuan Sir Razak, ditambah pulak dengan rekod persatuan aku yang baik, aku dibenarkan juga untuk menduduki exam.  Masa cuti final, sengaja aku tak balik kampung. Sengaja aku habiskan masa di kampus. Sengaja aku buat part time di pejabat Kolej. Untuk dapat duit extra katanya.

Masa ni aku makin rapat dengan Mus. Setiap malam, pasti aku akan call dia kat Johor. Dari sembang biasa mulanya, hinggalah kepada sembang dewasa. Merayu, meratap, rindu, cinta dan ada kalanya merajuk. Sweet.

Lagi tiga hari untuk aku teruskan pengajian aku ke peringkat seterusnya. Result Matrik pun dah keluar. Gabra siot sewaktu melangkah ke HEA untuk ambik result. Tapi nasib sebelahi aku. Aku berjaya untuk dianugerahkan Sijil Matrikulasi walaupun sijil itu tidak membawa sebarang erti, melainkan sebagai tiket untuk aku teruskan pengajian aku.

Lagi tiga hari untuk aku mulakan hidup aku di kolej untuk pelajar-pelajar ijazah. Lagi 3 hari aku boleh tinggal di koleh matrik ni. Mus pun dalam perjalanan ke kolej dari Johor Baharu. Tak sabar aku tunggu. Apa aku buat serba tak kena. Rindu sangat. Selama ni, hanya curah rasa dengan suara saja. Malam ni, bakal bertemu muka. Entah sama mesranya seperti dalam telefon. Atau masing-masing malu untuk bertukar cerita.

Mus dah sampai, sekeping kad music diserahkan kepada aku. Bila buka, terpacul gambar-gambar 3D yang cantik. Terdengar bunyi musik yang romantis sekali. Aku senyum.

"Thanks Mus. Susahkan ko je." Kembang lubang idong aku. Selama ni mana pernah orang bagi hadiah kat aku. Jangan kata hadiah biasa-biasa, hadiah luar biasa pon tak pernah. Kire pengalaman pertama la nie.

"Tak susah pun Shah, bile dah sayang, susah macam mana pun takpe." Mus senyum. Sweet sangat dia senyum dengan gigi sumbing dia tu.

Malam tu menjadi malam pertama kami berdua. Kerinduan yang bersarang sepanjang cuti semester dilepaskan malam itu. Dan bermulalah episod aku dengan Mus sebagai pasangan kekasih. Kalau dengan Faez dulu tiada kata-kata yang mengikat, tapi dengan Mus, kata-kata telah menjadi satu janji yang mengikat hubungan terlarang antara dua lelaki. Kononnya.

Sejak itu, hidup aku terasa bahagia. Walaupun kami tinggal berjauhan, aku di Kolej Barat, dia di Kolej Timur, tapi kami sering berjumpa. Ada kala aku di bilik dia, ada kala dia di bilik aku. Bahagia. Sakit ada yang jaga, makan ada yang teman.

Hubungan aku dengan Mus ada mata yang perhati. Ada mata yang dengki. Mungkin usia aku masih muda, ditambah dengan kematangan yang belum tiba, ditambah dengan kepanasan hati, aku pernah berperang dengan gayboy lain semata-mata kerana Mus. Dan sejak itu, cerita tentang aku dengan Mus mula meniti dari bibir ke bibir.

"Mus, ko dah dengar cerita pasal kita?" Tanya aku pada dia pada suatu hari.

"Biarkan je Shah. Esok lusa diam la tu. Buat bodoh je." Tenang betul Mus. Selamber badak je respon dia sambil meperkemaskan pelukkannya di dada aku. Sesekali diciumnya pipi aku. Hangat.

"Aku tak biasa la face masalah macam ni. Stress."

"Biarkan je, lagi kita melayan, lagi la diorang suka. Jangan cepat melenting. Buat macam tak de apa-apa je." Kadang-kadang, Mus lebih dewasa dari aku. Tu yang aku rasa.

Seminggu dua selepas tu, cerita pasal aku dengan Mus mula suam. Walaupun ada yang bertanya, pasti aku akan menafikan sekeras-kerasnya.

"Wei Shah, hang ni gay ke?" Soalan maut dari seorang batchmate aku. Dia ni lembut.

Macam mana ni. Nak jawab apa. Senyum je la sambil tengok minah tak siap nih. Sambil-sambil tu boleh fikir apa jawaban yang nak bagi.

"Hang tak jawab pon aku dah tau Shah. Aku makan garam dulu dari hang. Tengok pon aku dah tau. Don't worry dear, aku bukan jenis TV3." Dia gelak. Faham-faham la kalau jenis minah tak siap ni gelak. Very the over.

"Pasai apa hang tanya ni Romzi. Tiba-tiba ja." Aku masih berkecuali dengan soalan cepumas dia.

"Tadi, Nazlein tanya aku. Dia dengar cerita hang dengan Mus tu. Untung hang kan, dapat Mus. Hensem, barang tentu baik. Jawalah katakan." Aku tersentak. Mampus.

"Ish, mana ada. Aku ngan Mus tu kan rapat dari Matrik lagi. Dia kan roomate Zam pengganti aku tu. Dia dah macam adik aku la." Dada aku berdentum dentam. Risau.

"Jangan tipu aku Shah. Kita kawan dah lama. Kalau ada bunyi kentut pun aku dah tau hang ke bukan. Sapa Top nox". Semakin menjadi-jadi minah nih. Kalau dilayan, banyak benda la ditanyanya. Banyak benda la aku nak kena bohong. Dan, makin pening la aku nak melawan soalan dia yang nakkan cerita sensasi tu.

"Ish, dah la. jangan dok dengaq gossip-gossip tu. Aku tau sapa yang mula bawak cerita ni. Hang pon percaya la dengan cerita tu. Mentang-mentang lah satu spesis." Ya, memang aku tau dari mana punca cerita ni tersebar. Silap aku juga, aku berkongsi isi hati aku dengan manusia yang salah. Manusia yang jenis mulut 24 jam terbuka. 

"Hang dengaq cerita ni dari Khairul kan. Si sotong gemuk bestfriend hang tu." Aku diam. Panas je telinga aku masa tu. 

"Memang la, aku dengar dari dia. Tapi Gibeks-gibeks Uniutama puji hang kot sebab dapat Mus tuh. Sebelum ni dia ada skandal dengan budak satu batch dengan dia. Ala, budak Block D Matrik dulu." Dapat satu cerita baru.

Baru aku tau, sebelum ni Mus dah terlebih dulu di mamah oleh junior aku. Dan budak tu pun aku kenal. Tapi, abaikan je. Benda dah jadi sejarah. Wah, memujuk hati sendiri.

Hidup aku dengan Mus bertahan hampir 10 bulan. Sepanjang tempoh tu, hidup kami macam belangkas. Habis saja Matrik, aku usahakan dengan pengaruh aku untuk Mus dimasukkan sama Kolej dengan aku. Tak cukup sama kolej, satu bilik dengan aku. Bahagia. Memang bahagia. Tak perlu rasanya aku ceritakan perjalanan hidup kami sepanjang stay sama-sama sebilik tu. Sepasang kekasih stay together, so pepandailah bayangkan sendiri.

Satu hari, aku dapat phone call dari ayah aku. Mak aku sakit tenat dan aku tergesa-gesa pulang ke kampung. Mak aku merana dengan hypertension dan ditambah pula dengan masalah buah pinggang dan jantung. Selepas beberapa lama berfikir, aku buat satu keputusan yang aku sendiri tidak pasti, tepat atau tidak. Aku terpaksa berhenti dari belajar memandangkan keluarga aku lebih perlukan aku. Aku perlu mengganti tugas ibu aku dalam mengurus makan minum adik-adik. Masa tu dua adik aku bersekolah dan yang bongsu baru berusia lima tahun. 

Aku kongsikan penderitaan aku dengan Mus. Bermula detik itu, aku dan Mus mula merenggang. Hinggalah pada malam birtday dia, hubungan kami tamat. Berakhir kisah aku dan Mus. Yang aku tahu, Mus kini telah dua kali berkahwin. Isteri pertama dia dah meninggal disebabkan kanser.

Aku kecewa. Mungkin disebabkan pengalaman yang masih muda, membuatkan aku silap membuat pertimbangan akal dan terus menambah koleksi dosa. Untuk tenangkan jiwa kononnya, aku mula meneguk arak dan mabuk sampai ke pagi. 



Bersambung di #5
 

Minggu Haru Biru

By : Unknown
Sejak haku keje, haku jarang-jarang dapat belek blog ni. Kesian kat blog. Nasib la blog ni takde perasaan. Kalau tak jenuh la dia menyumpah haku yang dah abaikan die.

Sebelum haku teruskan memuntahkan isi perut kat sini, haku rasa belum terlambat kalau haki nak wish Tahniah buat Team KTM kerana berjaya melaksanakan misi memecah rekod Malaysia untuk The Longest Cargo Locomotive in Malaysia and South East Asia. Haku tak terlibat secara langsung, secara tak langsung tu ada la siket-siket.

Minggu ni haru biru siket. Masalah kat tempat keje. Macam ni alkesahnye..


Isnin lepas, ada sorang apek mesej haku kat Grindr. Tau kan apa Grindr tu. Haku tak letak gambo haku yang full pon. Gambar sekerat aje. Memang tak boleh teka la siapa haku kalo just tengok pic tu. Apek tu pon letak gambo ape ntah. Haku ni plak jenis tak kisah. Ade gambo ke takde ke, semua haku sembang. Dari chat kat grindr membawa ke wechat. Ala, nak fren-fren je kan. Yang si apek ni pulak beria-ia nak date. Lastly dia mengaku nak ajak haku fun. Hey... Ingat senang kew nak kenal-kenal terus fun. Choy...

Lastly, dia sanggup bayar. Lagi la haku hangin. Dah haku cakap tak nak, tu maksud die tak nak lah kan. Selidik punya selidik, rupanya apek tu anak my boss. Patutlah dia tau tempat keje haku semua. Nyesal plak haku tak block dia dari view moment wechat haku tu. Kebetulan, haku ada haplod pic meja haku dalam tu. Hadoi. Nasib baik haku tak passing phone no and tak cakap nama betul haku. Kalau tak, lagi haru. Dia dok berteka teki sape la si haku nih. Die cakap takde staff situ yang sama nama dengan nama yang haku bagitau kat dia tu.

Esoknye, haku perasan, dia usya semacam dengan haku. Tak pernah-pernah dia datang office pukul 8 pagi. Hari tu sepanjang masa dia di office, pantang ada peluang, sure dia cuba sembang dengan haku. Sampai la waktu balik, dia terus tanya haku pasal chatting kat wechat tu. Mati la haku nak mengaku kan. Selamber je haku cakap, haku tak guna wechat, sebab haku rasa terlalu "tua" untuk pakai tu. Hahahaha... Dia macam tak puas hati. He drove his car and follow haku balik. Bila haku speed, dia pon speed, bila haku potong, dia pon potong, bila haku slow, dia pon slow. Cuma ntah macam mana, haku singgah umah sedara petang tu. Kalo haku terus balik rumah, sure dia pon follow lagi. Haku ingat, masa dalam chat tu, dia ada tanya haku stay mana. Haku pon jawab je la. So bile haku singgah umah sedara yang masih jauh dari rumah haku tu, dia pon mula sangsi sikit. Hope so lah kan.

Lepas kes tu, ada apek lain plak tegur haku kat grindr. Very the hotty. Tapi haku dapat rasa ada yang tak berapa nak kena. Sampailah apek baru tu mengaku yang anak bos haku tu kawan dia. Dia just sampaikan pesan, katanya, anak boss tu sanggup doublekan bayaran asalkan haku sanggup fuck dia. Hurm. Lumayan memang lumayan, tapi haku bukan jenis yang main sebab nak kan balasan, exbf haku tu lain lah. Dia memang jenis tu pon. 

Lastly, haku bersara kejap dari wechat. Haku ignore kedua-dua apek tu. Anak boss terus diam, cuma apek tu aje yang tak jemu-jemu mesej haku kat grindr walaupon haku tak reply satu pun mesej dia. Katanye dia terpikat dengan cara haku chat dengan dia. OMG! Very de bodek kan. Walaupun haku suka ngan apek sorang ni, tapi haku tak nak ambek risiko. Tunggulah, kalau ada masa yang sesuai, haku nak juga kenai apek baru neh.

Sure ada yang akan kata, haku ni racist what so ever. Actually, haku bukan racist. Haku takde masalah untuk berkawan dengan semua orang tanpa kira bangsa apa. Untuk couple plak, hari ni haku lebih suka bercouple dengan non-malay and non-muslim. Why? Pengalaman haku mengajar, Malay and Muslim (baca dalam konteks lelaki plu) susah untuk setia, berkokok lebih ekor berbau taik. Haku Malay, tapi haku kondem bangsa haku sendiri. Why, sebab haku banyak lalui pengalaman yang tak best dengan bangsa haku sendiri. Dan haku tak pernah jumpa lagi Malay couple yang lama relation dia. Jangan salahkan haku kalau haku sendiri tak percaya dengan Malay. 
Tag : , ,

Stroke!

By : Unknown

Stroke ni adalah penyakit ke tiga terbesar yang menjadi punca kematian di Malaysia selepas sakit jantung dan kanser.

Stroke ni adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah yang membawa oksigen dan nutrien ke otak terganggu. Stroke ada dua jenis, stroke mini dan stroke sebenar. Stroke mini berpunca dari gangguang bekalan darah sementara dan boleh dipulihkan sepenuhnya. Stroke sebenar juga boleh dipulihkan tetapi mengambil masa yang lebih panjang.

Why haku cite pasal stroke. Sepanjang seminggu dua ni, ada dua kes stroke yang haku dengar. Dan kedua-duanya melibatkan orang yang haku kenai. 

Kes pertama melibatkan ayah kepada ex bf haku. Kat kelantan nuh. Khabarnya di diserang stroke sewaktu ex haku dalam perjalanan balik ke KL. Sampai je kat KL, ex haku terpaksa drive balik ke Kelantan. Nasib baik, ayah dia cepat dibawa ke hospital. Katanye berpunca dari kolestrol yang tinggi dalam darah. Sepanjang haku kenal mantan mertua haku ni, dia cukup pantang dengan makan yang berpantang. Dia akan makan apa saja yang dia teringin nak makan. Dia baik. Dulu tiap kali haku gi umah dia, tiap pagi dia akan carikan haku nasi kerabu. Bangun je, nasi kerabu dah terhidang atas meja. And dia akan oyak ko haku, hok mano sa hok tak dok budu. Masa tu haku memang tak setuh makanan berbudu neh. Meremang weh. Haku suka tengok dia makan. Berselera. Orangnya tak gemuk. Makanlah macam mana pun, badan dia tetap kurus. 

Kes kedua, kazen haku. Perempuan. Age dah 40++ kot. Baru 3 hari kena serangan. Berpunca dari tekanan darah tinggi. Sewaktu checking di HTF, dia di nasihatkan untuk mendapat rawatan di HSB, Alor Setar. Tekanan darah masa tu memang tinggi, 230. Haku masih tak sempat nak ziarah dia ni. Almaklum la, haku keje. Penat. 

Masih bernasib baik, kedua-dua kes ni cuma minor stroke. Kalau kena dengan cara rawatan, kedua-duanya akan pulih dengan cepat. Yang penting, jaga pemakanan, jauhkan diri dari tekanan dan rajin berfisio terapi. Macam kes sepupu haku, hari ni dia dah boleh gerakkan tangan dia selepas berurut semalam. Hope dia cepat sembuh.

Well, haku juga harapkan ayah ex aku tu cepat sembuh. Masalah cuma haku dengan ex, bukan dengan ayah dia. Haku simpati dengan ayah dia dan at the same time juga haku kata padan muka kat dia sebab kena drive ulang-alik tanpa rest and akhirnya terbongkang demam. Jahat gak haku kan.

Note: 
Memang jahat  pon. Sebab tu post haku sebelum² ni mendedahkan dia. So haku tak salahkan sesapa kalau ada yang takut nak rapat ngan haku.
Setiap perbuatan ada sebabnya. Kalau sebab tu remeh, takkan sampai jadi macam tu. Pasti ada sebab besar membuatkan tindak balas orang juga menjadi besar....


Tag : ,

#3 Hampas

By : Unknown

Semester 3 Matrikulasi. Aku kini dah bergelar senior. Banyak perubahan yang aku alami. Jika dulu aku antara pelajar yang pasif, la ni aku la antara pelajar yang aktif. Aktif aku bukan aktif sukan, tapi aku aktif dalam berpersatuan. Banyak persatuan yang aku anggotai dan semuanya dengan berjawatan. Banyak aktiviti yang aku turut serta, ada kala sebagai pelaksana, ada kala sebagai peserta biasa.

Semester 3 juga memisahkan aku dengan Faez. Dia dah menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah. Berakhirnya semester 2, menjadi penamat hubungan aku dengan dia. Tak rindu ke..? Gile kau tak rindu. Rindu sangat dengan belaian dia time tidur. Nasib aku baik, sebab aku busy dengan aktiviti kokurikulum, so sikit sebanyak, dapat la juga aku lupakan dia. Semester 3 juga membuatkan aku lebih berdikari, jika dulu Zaidi dan senior-senior aku yang lain selalu memberi tunjuk ajar dan nasihat, kini takde dah suara-suara yang menasihati dan mata-mata yang memerhati. Semuanya atas diri aku sendiri.

Semester 3 mengenalkan aku dengan beberapa orang junior yang aku takkan lupa sampai bila-bila terutamanya Zam dan Mus. Love them so much. Zam lebih rapat dengan aku, menjadi anak didik aku dalan politik persatuan. Orangnya kurus, rendah, berketurunan Jawa dan soft spoken. Renungan dia amat meruntun kalbu. Sayang sikit, Zam ni straight. Mus pulak roomate Zam, aku mula rapat dengan dia pada penghujung Semester 3. Tinggi, kurus,keturunan Jawa Johor. Asalnya aku tak dapat teka dia ni straight atau tak. Apa yang aku suka, senyuman Mus ni amat sweet dengan gigi depan dia yang sikit sumbing.

Honestly, life matrikulasi aku menjadi antara moment yang best dalam hidup aku. Life matrikulasilah yang mengajar aku dalam banyak perkara. Jika dulu, aku maksudkan zaman sekolah, aku antara pelajar yang paling tak aktif. Baik dalam bidang sukan, mahu pun persatuan. Aku cuma masuk persatuan sebagai syarat untuk diisi dalam sijil berenti sekolah. Tu pun sekadar ahli biasa je.

Matrikulasi menyaksikan betapa aku enjoy dengan sibuknye berpersatuan. Aku banyak sertai kelab-kelab yang aktif dan semuanya aku berjawatan utama. Malah, aku turut sertai PERBAYU yang dah bertahun tiada sebarang aktiviti yang grand. Tapi, hadirnya aku mampu menggerakkan PERBAYU menjadi penganjur utama aktiviti yang mendapat sambutan hangat.

Siapa tak kenal aku di Matrikulasi Uniutama. Dari tuan pengarah, hinggalah ke abang-abang pembantu tadbir. Masakan tak kenal, hari-hari aku ada di pejabat untuk urusan persatuan dan kelab.

Kesibukkan aku juga bagus untuk aku lupakan seketika betapa bergeloranya jiwa aku. Bukan senang hidup sebagai jantan yang sebati jiwanya dengan perasaan songsang seperti aku.

"Kamu ni, sebok sangat dengan aktiviti. Sampai kesihatan kamu pun kamu lupa nak jaga." Aku terbaring. Dah beberapa hari aku tak hadir kelas.

"Saya seronok Sir. Kalau saya tak aktif, nanti saya bosan." Aku bercakap sepatah-sepatah sambil memandang Sir Razak yang datang menziarah aku.

Bilik aku bilik VIP. Aku stay sorang. Ada sofa, ada tv, ada hi-fi. Cukup selesa bilik aku.

Entah, apa silap, kesihatan aku di sem 3 ni menurun teruk. Aku mula kerap demam. Tekak aku sakit. Nak bercakap susah, nak makan pun susah. Badan aku yang berisi sedikit, mula surut dan menjadi kurus.

"Seronok tu seronok juga. Tapi tengok apa dah jadi. Attendant kamu teruk. Silap-silap final nanti kamu tak boleh ambek exam. Baik kamu hati-hati sikit. Takkan kamu nak extand sem depan sama dengan junior-junior kamu kot." Aku sedar, aku kerap tak ke kelas. Aku kerap MC. Aku risau juga pasal tu.

"Sir takkan tak tolong saya kot. Saya tak masuk kelas bukan saja-saja Sir. Sir pun tengok sendiri kan." Aku gagahkan diri untuk senyum. Aku tau, Sir Razak takkan abaikan aku. Aku antara anak murid dia yang berjaya mengharumkan nama persatuan yang dia naungi. Secara tak langsung, dia mendapat kredit juga atas kegigihan aku tu.

"Saya cuba la apa yang saya mampu. Kamu rest, makan ubat. Kalau ada apa-apa masalah, call saya. And jangan lupa, appoinment doktor kat GH, jangan kamu skip pulak." Rasa macam sorang abang yang jaga adik dia. Nasib baik aku tak minat ngan older. Kalau tak, mau aku peluk orang tua nih. Hehehe.

Sejak sem 3 ni, tiga kali seminggu aku kena menjalani rawatan di GH. Tekak aku semakin menjadi-jadi bengkaknya. Sakit hanya tuhan yang tahu. Akhir sekali, aku terpaksa menjalani satu pembedahan kecil membuang lendir di kedua-dua belah leher aku. Sakit hilang. Bengkak pun hilang. Cuma, kesihatan aku je tak menentu.

Walaupun aku tinggal sendirian. Junior-junior akulah yang selalu menjaga aku time aku tergolek sakit. Merekalah yang jaga makan minum aku. Merekalah yang urut kaki tangan aku yang mudah lenguh. Malah ada yang sanggup temankan aku tidur tiap malam. Memasing risau kalau-kalau ada benda buruk terjadi ke atas aku. Thanks.

Aku bernasib baik. Atas bantuan Sir Razak, aku tak di banned dari menduduki final exam. Walaupun aku banyak ketinggalan dalam pelajaran, aku masih mampu mendapat result yang baik dan layak menyambung ke peringkat ijazah. Cuma, result aku itu tak mampu untuk aku memilih bidang yang aku minat, accounting.



Bersambung di #4


Happy holiday, Happy Celebrating New Year's Eve!

By : Unknown

Lagi 9 minit, tahun akan bertukar. Sepanjang 2015 nie, ada kisah suka duka yang haku tempuhi. Tahun 2015 ni, haku mulakan dengan status aku yang menganggur. Dok goyang kaki goyang konek aje. Cukup tarikh, jumpa doc pakar psikiatri untuk rawatan sakit yang haku ada. Every night haku kena ambik pil-pil yang menyiksa tu. Sampai aku terpaksa merayu, untuk ditukarkan pil. Berjaya. Kesan ubat masih ada cuma tak seteruk ubat lama.

And then, haku berjaya menukar profesion. Menjadi seorang doktor pakar psikiatri. Pesakit yang pertama dan terakhir adalah haku sendiri. Haku sebagai doktor telah menasihati aku untuk berhenti mengambil sebarang pil yang menyusahkan tu. Kemudian, berhenti dari mengunjungi klinik pakar yang sempit dan tak best tu. Haku sebagai pesakit, menurut tanpa sebarang bantahan nasihat doktor tu. Itulah kejayaan yang paling haku bangga sepanjang tahun ni, yakni, menjadi doktor. Hahahaha...

Dalam bulan April, haku berjaya mendapatkan kerja. Walaupun bukan dalam bidang yang haku minati, tapi haku buat juga untuk kelangsungan hidup. Tak lama, sebab haku tak boleh buat benda yang haku tak minat. Kena pulak haku terpaksa bergelumang dengan kaki-kaki bodek pro Najib yang sanggup buat apa saja asalkan atasan nampak betapa dia setia dengan bos. Its just like a dog. Kipas selagi boleh. Harap kaki kipas sekor tu cepat mampos... 

Selepas kembali menganggur selama hampir 3 bulan, haku dapat pulak kerja kat sebuat kompeni kecik yang terlibat dalam bidang lojistik. Now, haku buat kerja-kerja admin kat opis tu. Nice but always busy. 

Kalau haku renung balik, 2015 menjadi tahun yang sama dengan tahun-tahun sebelum ni. Life haku lebih banyak berduka dari tersenyum gembira. Thanks to 'God' sebab merencanakan semua ini untuk haku. Thanks to Ramzul kerana menjadi punca yang membuatkan haku tersesat dalam kelarai, dan kehilangan semua yang haku ada. Haaa, semalam dengar kata bapak kao masuk ward, kena stroke? Betul ke? Hope dia boleh baik cepat. Kalao ikut hati, nak aje haku gi ziarah, tapi, atas beberapa sebab, haku rasa bukan masanya lagi.

Untuk 2016 ni, haku mengharapkan a miracle. Bukan untuk haku, tapi untuk famili haku. Haku nak, tahun baru ni menjadi tahun untuk haku bangun dan menjadi businessman kembali. Business yang kecik-kecik pon cukuplah, asal haku dapat teruskan hidup, dapat jaga ayah haku and bantu adik-adik haku. Nak sembang pasal business juta-juta tu rasanya belum lagi kot. Nanti kalau dah berjaya capai cita-cita tu, haku akan advertise kat sini. Bukan untuk profit, tapi untuk haku baca balek bebila yang haku rasa perlu. 

Hope semua insan atas muka bumi ni mampu mencapai semua azam tahuh baru mereka. Jadikan 2016 ni tahun perubahan kepada yang lebih baik. Jadikan 2016 ni tahun kita ubah kerajaan kita yang lebih Nyah dari Nyah. Tetiba.. Matilahh kena siasat dengan SKMM lepas neh.

Untuk sorang mamat tu... Sape? The one and only manusia yang haku wish ucap selamat tahun baru kat wechat tu lah, haaa... Engko lahh... Semoga hidup awak makin lancar di tahun 2016. Dan apa yg haku cakap secara gurau tadi, sebenarnye serius. Haku benar-benar maksudkan nye...

Adios.
Tag : ,

- Copyright © 2013 my PLU life, my PLU words, my PLU mind - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -