Popular Post

Posted by : Unknown January 09, 2016


Semester 3 Matrikulasi. Aku kini dah bergelar senior. Banyak perubahan yang aku alami. Jika dulu aku antara pelajar yang pasif, la ni aku la antara pelajar yang aktif. Aktif aku bukan aktif sukan, tapi aku aktif dalam berpersatuan. Banyak persatuan yang aku anggotai dan semuanya dengan berjawatan. Banyak aktiviti yang aku turut serta, ada kala sebagai pelaksana, ada kala sebagai peserta biasa.

Semester 3 juga memisahkan aku dengan Faez. Dia dah menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah. Berakhirnya semester 2, menjadi penamat hubungan aku dengan dia. Tak rindu ke..? Gile kau tak rindu. Rindu sangat dengan belaian dia time tidur. Nasib aku baik, sebab aku busy dengan aktiviti kokurikulum, so sikit sebanyak, dapat la juga aku lupakan dia. Semester 3 juga membuatkan aku lebih berdikari, jika dulu Zaidi dan senior-senior aku yang lain selalu memberi tunjuk ajar dan nasihat, kini takde dah suara-suara yang menasihati dan mata-mata yang memerhati. Semuanya atas diri aku sendiri.

Semester 3 mengenalkan aku dengan beberapa orang junior yang aku takkan lupa sampai bila-bila terutamanya Zam dan Mus. Love them so much. Zam lebih rapat dengan aku, menjadi anak didik aku dalan politik persatuan. Orangnya kurus, rendah, berketurunan Jawa dan soft spoken. Renungan dia amat meruntun kalbu. Sayang sikit, Zam ni straight. Mus pulak roomate Zam, aku mula rapat dengan dia pada penghujung Semester 3. Tinggi, kurus,keturunan Jawa Johor. Asalnya aku tak dapat teka dia ni straight atau tak. Apa yang aku suka, senyuman Mus ni amat sweet dengan gigi depan dia yang sikit sumbing.

Honestly, life matrikulasi aku menjadi antara moment yang best dalam hidup aku. Life matrikulasilah yang mengajar aku dalam banyak perkara. Jika dulu, aku maksudkan zaman sekolah, aku antara pelajar yang paling tak aktif. Baik dalam bidang sukan, mahu pun persatuan. Aku cuma masuk persatuan sebagai syarat untuk diisi dalam sijil berenti sekolah. Tu pun sekadar ahli biasa je.

Matrikulasi menyaksikan betapa aku enjoy dengan sibuknye berpersatuan. Aku banyak sertai kelab-kelab yang aktif dan semuanya aku berjawatan utama. Malah, aku turut sertai PERBAYU yang dah bertahun tiada sebarang aktiviti yang grand. Tapi, hadirnya aku mampu menggerakkan PERBAYU menjadi penganjur utama aktiviti yang mendapat sambutan hangat.

Siapa tak kenal aku di Matrikulasi Uniutama. Dari tuan pengarah, hinggalah ke abang-abang pembantu tadbir. Masakan tak kenal, hari-hari aku ada di pejabat untuk urusan persatuan dan kelab.

Kesibukkan aku juga bagus untuk aku lupakan seketika betapa bergeloranya jiwa aku. Bukan senang hidup sebagai jantan yang sebati jiwanya dengan perasaan songsang seperti aku.

"Kamu ni, sebok sangat dengan aktiviti. Sampai kesihatan kamu pun kamu lupa nak jaga." Aku terbaring. Dah beberapa hari aku tak hadir kelas.

"Saya seronok Sir. Kalau saya tak aktif, nanti saya bosan." Aku bercakap sepatah-sepatah sambil memandang Sir Razak yang datang menziarah aku.

Bilik aku bilik VIP. Aku stay sorang. Ada sofa, ada tv, ada hi-fi. Cukup selesa bilik aku.

Entah, apa silap, kesihatan aku di sem 3 ni menurun teruk. Aku mula kerap demam. Tekak aku sakit. Nak bercakap susah, nak makan pun susah. Badan aku yang berisi sedikit, mula surut dan menjadi kurus.

"Seronok tu seronok juga. Tapi tengok apa dah jadi. Attendant kamu teruk. Silap-silap final nanti kamu tak boleh ambek exam. Baik kamu hati-hati sikit. Takkan kamu nak extand sem depan sama dengan junior-junior kamu kot." Aku sedar, aku kerap tak ke kelas. Aku kerap MC. Aku risau juga pasal tu.

"Sir takkan tak tolong saya kot. Saya tak masuk kelas bukan saja-saja Sir. Sir pun tengok sendiri kan." Aku gagahkan diri untuk senyum. Aku tau, Sir Razak takkan abaikan aku. Aku antara anak murid dia yang berjaya mengharumkan nama persatuan yang dia naungi. Secara tak langsung, dia mendapat kredit juga atas kegigihan aku tu.

"Saya cuba la apa yang saya mampu. Kamu rest, makan ubat. Kalau ada apa-apa masalah, call saya. And jangan lupa, appoinment doktor kat GH, jangan kamu skip pulak." Rasa macam sorang abang yang jaga adik dia. Nasib baik aku tak minat ngan older. Kalau tak, mau aku peluk orang tua nih. Hehehe.

Sejak sem 3 ni, tiga kali seminggu aku kena menjalani rawatan di GH. Tekak aku semakin menjadi-jadi bengkaknya. Sakit hanya tuhan yang tahu. Akhir sekali, aku terpaksa menjalani satu pembedahan kecil membuang lendir di kedua-dua belah leher aku. Sakit hilang. Bengkak pun hilang. Cuma, kesihatan aku je tak menentu.

Walaupun aku tinggal sendirian. Junior-junior akulah yang selalu menjaga aku time aku tergolek sakit. Merekalah yang jaga makan minum aku. Merekalah yang urut kaki tangan aku yang mudah lenguh. Malah ada yang sanggup temankan aku tidur tiap malam. Memasing risau kalau-kalau ada benda buruk terjadi ke atas aku. Thanks.

Aku bernasib baik. Atas bantuan Sir Razak, aku tak di banned dari menduduki final exam. Walaupun aku banyak ketinggalan dalam pelajaran, aku masih mampu mendapat result yang baik dan layak menyambung ke peringkat ijazah. Cuma, result aku itu tak mampu untuk aku memilih bidang yang aku minat, accounting.



Bersambung di #4


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 my PLU life, my PLU words, my PLU mind - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -