Popular Post

Posted by : Unknown January 01, 2016


Lagi 9 minit, tahun akan bertukar. Sepanjang 2015 nie, ada kisah suka duka yang haku tempuhi. Tahun 2015 ni, haku mulakan dengan status aku yang menganggur. Dok goyang kaki goyang konek aje. Cukup tarikh, jumpa doc pakar psikiatri untuk rawatan sakit yang haku ada. Every night haku kena ambik pil-pil yang menyiksa tu. Sampai aku terpaksa merayu, untuk ditukarkan pil. Berjaya. Kesan ubat masih ada cuma tak seteruk ubat lama.

And then, haku berjaya menukar profesion. Menjadi seorang doktor pakar psikiatri. Pesakit yang pertama dan terakhir adalah haku sendiri. Haku sebagai doktor telah menasihati aku untuk berhenti mengambil sebarang pil yang menyusahkan tu. Kemudian, berhenti dari mengunjungi klinik pakar yang sempit dan tak best tu. Haku sebagai pesakit, menurut tanpa sebarang bantahan nasihat doktor tu. Itulah kejayaan yang paling haku bangga sepanjang tahun ni, yakni, menjadi doktor. Hahahaha...

Dalam bulan April, haku berjaya mendapatkan kerja. Walaupun bukan dalam bidang yang haku minati, tapi haku buat juga untuk kelangsungan hidup. Tak lama, sebab haku tak boleh buat benda yang haku tak minat. Kena pulak haku terpaksa bergelumang dengan kaki-kaki bodek pro Najib yang sanggup buat apa saja asalkan atasan nampak betapa dia setia dengan bos. Its just like a dog. Kipas selagi boleh. Harap kaki kipas sekor tu cepat mampos... 

Selepas kembali menganggur selama hampir 3 bulan, haku dapat pulak kerja kat sebuat kompeni kecik yang terlibat dalam bidang lojistik. Now, haku buat kerja-kerja admin kat opis tu. Nice but always busy. 

Kalau haku renung balik, 2015 menjadi tahun yang sama dengan tahun-tahun sebelum ni. Life haku lebih banyak berduka dari tersenyum gembira. Thanks to 'God' sebab merencanakan semua ini untuk haku. Thanks to Ramzul kerana menjadi punca yang membuatkan haku tersesat dalam kelarai, dan kehilangan semua yang haku ada. Haaa, semalam dengar kata bapak kao masuk ward, kena stroke? Betul ke? Hope dia boleh baik cepat. Kalao ikut hati, nak aje haku gi ziarah, tapi, atas beberapa sebab, haku rasa bukan masanya lagi.

Untuk 2016 ni, haku mengharapkan a miracle. Bukan untuk haku, tapi untuk famili haku. Haku nak, tahun baru ni menjadi tahun untuk haku bangun dan menjadi businessman kembali. Business yang kecik-kecik pon cukuplah, asal haku dapat teruskan hidup, dapat jaga ayah haku and bantu adik-adik haku. Nak sembang pasal business juta-juta tu rasanya belum lagi kot. Nanti kalau dah berjaya capai cita-cita tu, haku akan advertise kat sini. Bukan untuk profit, tapi untuk haku baca balek bebila yang haku rasa perlu. 

Hope semua insan atas muka bumi ni mampu mencapai semua azam tahuh baru mereka. Jadikan 2016 ni tahun perubahan kepada yang lebih baik. Jadikan 2016 ni tahun kita ubah kerajaan kita yang lebih Nyah dari Nyah. Tetiba.. Matilahh kena siasat dengan SKMM lepas neh.

Untuk sorang mamat tu... Sape? The one and only manusia yang haku wish ucap selamat tahun baru kat wechat tu lah, haaa... Engko lahh... Semoga hidup awak makin lancar di tahun 2016. Dan apa yg haku cakap secara gurau tadi, sebenarnye serius. Haku benar-benar maksudkan nye...

Adios.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 my PLU life, my PLU words, my PLU mind - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -