Popular Post

Posted by : Unknown January 09, 2016


Stroke ni adalah penyakit ke tiga terbesar yang menjadi punca kematian di Malaysia selepas sakit jantung dan kanser.

Stroke ni adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah yang membawa oksigen dan nutrien ke otak terganggu. Stroke ada dua jenis, stroke mini dan stroke sebenar. Stroke mini berpunca dari gangguang bekalan darah sementara dan boleh dipulihkan sepenuhnya. Stroke sebenar juga boleh dipulihkan tetapi mengambil masa yang lebih panjang.

Why haku cite pasal stroke. Sepanjang seminggu dua ni, ada dua kes stroke yang haku dengar. Dan kedua-duanya melibatkan orang yang haku kenai. 

Kes pertama melibatkan ayah kepada ex bf haku. Kat kelantan nuh. Khabarnya di diserang stroke sewaktu ex haku dalam perjalanan balik ke KL. Sampai je kat KL, ex haku terpaksa drive balik ke Kelantan. Nasib baik, ayah dia cepat dibawa ke hospital. Katanye berpunca dari kolestrol yang tinggi dalam darah. Sepanjang haku kenal mantan mertua haku ni, dia cukup pantang dengan makan yang berpantang. Dia akan makan apa saja yang dia teringin nak makan. Dia baik. Dulu tiap kali haku gi umah dia, tiap pagi dia akan carikan haku nasi kerabu. Bangun je, nasi kerabu dah terhidang atas meja. And dia akan oyak ko haku, hok mano sa hok tak dok budu. Masa tu haku memang tak setuh makanan berbudu neh. Meremang weh. Haku suka tengok dia makan. Berselera. Orangnya tak gemuk. Makanlah macam mana pun, badan dia tetap kurus. 

Kes kedua, kazen haku. Perempuan. Age dah 40++ kot. Baru 3 hari kena serangan. Berpunca dari tekanan darah tinggi. Sewaktu checking di HTF, dia di nasihatkan untuk mendapat rawatan di HSB, Alor Setar. Tekanan darah masa tu memang tinggi, 230. Haku masih tak sempat nak ziarah dia ni. Almaklum la, haku keje. Penat. 

Masih bernasib baik, kedua-dua kes ni cuma minor stroke. Kalau kena dengan cara rawatan, kedua-duanya akan pulih dengan cepat. Yang penting, jaga pemakanan, jauhkan diri dari tekanan dan rajin berfisio terapi. Macam kes sepupu haku, hari ni dia dah boleh gerakkan tangan dia selepas berurut semalam. Hope dia cepat sembuh.

Well, haku juga harapkan ayah ex aku tu cepat sembuh. Masalah cuma haku dengan ex, bukan dengan ayah dia. Haku simpati dengan ayah dia dan at the same time juga haku kata padan muka kat dia sebab kena drive ulang-alik tanpa rest and akhirnya terbongkang demam. Jahat gak haku kan.

Note: 
Memang jahat  pon. Sebab tu post haku sebelum² ni mendedahkan dia. So haku tak salahkan sesapa kalau ada yang takut nak rapat ngan haku.
Setiap perbuatan ada sebabnya. Kalau sebab tu remeh, takkan sampai jadi macam tu. Pasti ada sebab besar membuatkan tindak balas orang juga menjadi besar....


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 my PLU life, my PLU words, my PLU mind - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -