Popular Post

Posted by : Unknown February 07, 2014

Dulu-dulu, bila petang saja, tak perlu cari haku kat office. Semestinya haku menghilangkan diri balik rumah untuk menonton Yo Soy Betty La Fea (Betty yang hodoh). Berbulan-bulan juga la aktiviti ni berjalan.

Cerita ni mengisahkan seorang awek yang pintar tapi bendul lagi hodoh, dikelilingi dengan model-model santek lagi bergaya dan jejantan yang meletops di sebuah butik terkenal, Ecomoda. Perjalanan cerita yang sentiasa penuh dengan gelagat humor, sedih, penghinaan, kesunyian dan pelbagai perasaan itu pasti membuatkan ramai yang derpacak depan TV setiap hari.Akhirnya, hero drama ni, Armando, berkahwin dengan Betty yang hodoh tu. Sejak tu, banyak perubahan yang Betty lalui sehinggalah dia menjadi wanita paling jelita dan berpengaruh di Ecomoda.

Dalam kehidupan kita ni, ramai juga yang sengaja menerima pasangan yang bukan seleranya semata-mata untuk mendapat kesenangan hidup. Thats why ramai yang curang dengan pasangan masing-masing dan mencari kepuasan dengan skandal yang sepadan dan selari dengan taste mereka. Pasangan yang ada ditipu dan dibodohkan dengan cinta palsu.

Please, jujurlah dengan diri sendiri dan diri orang lain. Jangan kerana kepentingan diri, sanggup memberikan janji-janji yang penuh kepalsuan dan mempermainkan perasaan orang lain. Jangan pernah sanggup untuk mempermainkan hati lalu melukakan hati orang. 

Tak salah memilih pasangan yang setaraf, itu hak masing-masing. Tapi jangan kerana berhak, kita membuatkan manusia lain terhina dan hancur hatinya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 my PLU life, my PLU words, my PLU mind - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -