Popular Post

Posted by : Unknown December 16, 2015


Sejak itu, Faez kerap 'mencabul' kelelakian aku setiap kali dia tidur disebelah aku. Aku sikit pun tak marah. Malah aku suka. Tuntutan batin aku yang tertahan sebelum ni, kini sudah ada yang sudi penuhi. Aku tak perlu bersusah payah mencari seseorang untuk memenuhi naluri terlajak normal aku tu. 

Faez, lelaki yang chabi. Rendah dari aku. Orangnya periang, banyak cakap, berperwatakan jantan dan kulitnya sawo matang. Cerah sikit dari aku yang berkulit kelabu asap ni. Meski pun dia tidak 100% tepat dengan jantan yang aku harapkan, tapi selepas beberapa kali kejadian tu berulang, terbit sikit bibit sayang. Sehari tak nampak dia, tak dengar lawak dia, aku rasa rindu. 

Dia kini macam mula mengambil berat tentang aku. Selalu kalau dia outing, pasti ada dia belikan sesuatu untuk aku. Selalunya makanan. Itu kot antara punca yang membuatkan aku menaruh hati kat dia.

Game aku dengan dia juga sudah berubah. Jika dulu hanya dia yang lancapkan batang aku yang semestinya lebih besar dari dia, kini dia sudah berani mengambil tangan aku untuk lancapkan konek dia. Walaupun aku pura-pura tidur, tapi dia yang gerakkan tangan aku hingga dia terpancut.

Satu hari, aku terpaksa ke kelas 2.01 Pusat Matrikulasi Uniutama. Aku perlukan seseorang yang aku betul-betul boleh percaya. Aku perlukan seseorang yang sudi mendengar apa yang aku nak luahkan.

"Abang Shar, petang ni free dak." Dalam ramai-ramai member roomate aku, Shar sajalah yang aku panggil dengan perkataan abang. Dia ni kurus, rendah, putih, mudah senyum dan antara member roomate aku yang aku minat. Honestly, aku selalu ikut dia balik rumah dia. Dan aku juga pernah peluk dia time tido, tapi dengan cepat dia ubah tangan aku. Hehehe, test beb. Test.

"Ada apa mate. Petang ni aku free kot." Dia sedikit tertanya-tanya. Aku memang tak pernah ke kelas senior macam hari ni. Kalau tak de benda serius, sure aku takkan saja-saja tebalkan muka dan memanggil Shar.

"Ada hal sikit. Takpa la, nanti petang abang mai bilik saya boleh?" 

"Pukul berapa hang nak aku pi ni?" Pekat loghat utara dia. Comel juga bila muka dia jelas menampakkan dia tertanya-tanya. Macam nak cium kat situ je.

"Saya habis class pukul 2.00 hari ni. Lepas tu saya balik bilik terus. Abang mai je la pukul berapa pun. Saya tunggu." 

"Ok kalau macam tu. Nanti aku pi. Jangan hang tidoq pulak." Aku pun balik ke kelas aku selepas tu. Tak sabar nak date dengan Shar petang ni. Aku tau, dia takkan hampakan aku. Aku tau dia pun baik dengan aku. Almaklumlah, dia anak lelaki tunggal. Adik-adik dia semua gegerl. So, aku la yang isi kekosongan tu.

Hari terasa lambat berlalu. Persoalan yang bersarang dalam hati ni seakan-akan memberontak tanpa dapat aku bendung lagi. Cuma sabar saja yang mampu aku buat.

"Abang, jom gi tasik. Tak best la cite kat sini." Aku propose sambil menjeling Zaidi yang berdengkur. Takkan aku nak luahkan apa yang terbuku dalam bilik kot. Roomate aku dok tidur tu. Mampos la aku kalau dia dengar.

"Boleh juga. Tapi tak mau la pi jauh-jauh. Dekat-dekat ni dah la." Aku senyum. Aku memakai sandal aku dan kami melangkah perlahan-lahan menuju ke tasik Uniutama. Sempat Shar membebel yang dia tak dapat tidur petang tu sebab nak penuhi permintaan aku. Aku cuma senyum. Dalam hati ada juga rasa bersalah kerana aku dah susahkan dia.

Petang tu ramai juga student-student beriadah. Ada yang berkayak, ada yang berjogging. Tak kurang juga, pasangan-pasangan yang memadu kasih di tepi tasik sambil menikmati ketengan petang. Aku dan Shar memilih sebuah bangku. Depan kami tasik dan belakang kami ada sebatang pokok yang rendang. Aku duduk disebelah Shar sambil diam.

"Haa, ada apa yang hang ajak sampai mai sini. Macam orang dating dah ni." Shar terus membuka gelanggang pada persolan aku.

"Abang..."

"Hang boleh dak jangan panggil abang. Panggil nama dah la. Rasa semacam la bila hang panggil abang." Belum sempat aku mulakan cerita aku, dia dah potong. 

"Tapi saya takde abang. Abang ja la yang saya anggap macam abang saya. So kena la panggil abang. Takkan nak panggil nama kot." Aku tetap nak menang.

"Hish, ketegaq la budak ni. Haa, cerita la cepat, apa yang hang nak cerita..." Dia mengalah. Macam selalu, dia akan mengalah bila aku melawan. Hehehe, comelnyee...

Aku nekad. Aku ceritakan apa yang terjadi antara aku dengan Faez. Dia terkejut. Sangat-sangat terkejut. 

"Hang biar betui. Setau aku Faez tu kapel ngan Effa. Budak kelas aku juga. Susah aku nak percaya ni." Aku terdiam. Budak straight memang macam tu. Nampak kawan ada awek ada bini, terus anggap dia tu straight 100%. 

"Demi Allah abang. Saya tak tipu. Apa saya dapat kalau saya tipu abang. Saya takut abang. Saya pun dah sedar saya ada perasaan kat dia. Sebab tu saya gamble cerita kat abang ni. Malu saya bang."

"Abang, apa yang saya cerita ni, biar la antara kita dua saja yang tau. Saya tau, saya percayakan abang." Memang aku percayakan dia. Dah banyak story mory aku dia simpan. Walaupun yang sebelum-sebelum ni bukanlah masalah serius yang macam ni.

"Aku nak cerita kat sapa. Hang ingat aku ni radio buruk ka dok cerita hal orang. Macam ni lah. Aku tak tau macam mana nak tolong hang. Hang adik aku, Faez kawan baik aku. Aku rasa, hang jangan bagi Faez tidoq sebelah hang lagi lepas ni. Tak jadi la kerja hangpa dua tu." Hati aku berbunga-bunga bila dia sebut aku ni adik dia. Yesss.

"Abang pun tau kan, saya tak tau macam mana nak cakap. Nanti dia kata apa pulak. Tak de cara lain ke?" Sesungguhnya, aku memang jenis yang tak tahu macam mana nak SAY NO.

"Tak dak, tu ja la yang aku mampu cakap la ni. Sama ada hang nak cakap kat dia, atau hang buat apa-apa supaya dia tak boleh tidoq sebelah hang lagi." Shar bangun ketika tu. Senja dah pun. Kami melangkah balik ke kolej. Tak semena-mena dia peluk bahu aki sambil jalan.

"Hang kena jaga diri hang Shah. Aku cuma boleh nasihatkan. Aku tak mau hang jadi bukan-bukan kat sini. Takpa, kalau ada apa-apa, hang jangan malu. Aku ada. Kalau aku tak dak kat sini, hang pun tau tang mana nak cari aku. Pi ja rumah aku. Mak ngan ayah tak kisah pun kalau hang pi. Bagi depa, hang tu dah macam anak depa juga dah." Panjang sekali nasihat dia. 

"Saya bukan apa bang, saya takut sebab saya sendiri dapat rasa, ada perasaan lain antara kami. Tu yang buat saya takut. Tak nampak dia sehari saya dah jadi lain."

"Dah. Jangan fikir banyak. Buat macam biasa ja. Nanti buat apa yang aku suruh. Lama-lama nanti hilang la tu. Takkan hang nak jadi gay kot." Tangan dia masih dibahu aku. Seakan-akan memujuk kekasih hati yang sedang merajuk lagaknya. 

Mengapa aku bongkarkan kisah aku dengan Faez di depan Shar. Pertama, aku sengaja bagi hint kepada Shar, akan status seksual aku yang boleh diajak 'fun' bila keadaan memerlukan. Sundalnya. Aku harap, dia pun sama macam Faez selepas ni. Wait and see je la. 

Kedua, aku takut dengan perasaan cinta kepada Faez yang mula menunjukkan diri. Aku rasa pelik. Walaupun aku tau aku gay, tapi akal aku menafikan yang aku perlu bercinta sesama jantina. For fun ok, tapi bukan untuk having any special relations.

Malam tu aku cuba buat seperti apa yang Shar cadangkan. Aku x berani nak berkata-kata, aku cuma bertindak dengan perbuatan aku saja. Jika sebelum ni aku tidur di tepi dinding, yakni ke dalam, tapi malam ni aku tidur lebih keluar. Namun, Faez dengan gigihnya tidur di tempat aku selalu tidur. Dan perkara itu berlaku lagi.

Esok malamnya, aku sengaja tidur di tengah-tengah katil, dengan kaki sedikit terkangkang. Tapi Faez pula tidur dibawah dan bila sejuk mengcengkam, tangannya tetap merayap dan memuaskan aku yang semakin hari semakin cinta pada dia.

Akhirnya aku mengalah. Aku biarkan saja perkara itu terjadi. Aku dapat sedap juga. Walaupun cinta aku kepada Faez makin kuat, tapi aki perap dan pendam saja dalam hati. Aku lebih suka kalau Faez yang mulakan sekiranya dia juga ada perasaan yang sama.

Semua perkembangan aku ceritakan pada Shar. Dia hanya geleng kepala. Aku juga telah mengaku, yang aku dah betul-betul cintakan Faez. Nasib baik, Shar tidak sama sekali membuang aku. Dia terima aku seadanya. Cuma dia banyak nasihatkan aku untuk lebih berhati-hati. Jangan sampai terjadi perkara berat, atau menerima kesan yang dahsyat dari perbuatan aku.

Shar adalah satu-satunya manusia di dunia ni yang tahu siapa aku. Maksud aku, akan hal nafsu songsang aku. Sebab kisah yang aku luahkan pada dia. Dia dengar dan dia membebel. Tapi aku tak kisah dengan bebelan dia. Aku tau, dia bebel sebab dia sayangkan aku. Dia tak nak aku hanyut terus dalam dunia songsang aku. Tapi Shar tetap tak tahu, yang aku songsang bukan disebabkan Faez, tapi sejak kecil lagi. Maaf Shar.

#bersambung di #3. Selepas Faez, ada Mus dan Zamani...

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 my PLU life, my PLU words, my PLU mind - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -