Popular Post

Posted by : Unknown December 05, 2015


Seperti biasa, sebelum haku pejam mata untuk tido, haku akan belek-belek blog yang haku selalu follow untuk entry-entry baru yang blogger-blogger tu tulis. Rajin korang hapdet blog yer. Kalo takde entry baru, maka haku akan mula menjelajah ke blog-blog yang baru bagi aku, aku suka dengan cerita-cerita yang mengisahkan kehidupan plu-plu lain. Aku akan baca kalau gaya penulisan dan subjek yang disampaikan dalam sesebuah blog tu bersesuaian dengan citarasa aku. Then barulah haku akan surf cerita-cerita porn yang bersepah kat net ni, kalau tak mengantuk la kan. Hahahaha....

Semalam, haku terjumpa dengan sebuah blog yang menarik minat haku untuk membaca dari entry pertamanya, WARKAH KEMBARA; Diari Seorang HIV+. Blog itu banyak memaparkan isi hati penulis dalam kehidupan hariannya sampailah akhirnye dia disahkan mengidap HIV+. Haku simpati dengan nasib yang menimpa dirinya. 

Bagi haku, blogger tu cukup tabah. Walau pada mulanya dia seakan hilang arah, tapi dia berjaya mengawal dirinya dan menerima ketentuan yang telah ditetapkan. Tidak dengan sepenuh hatinya, tapi haku yakin, dia mampu untuk meneruskan kehidpannya dengan baik. Semua perkongsian yang dia nukilkan menjadi merit kepada semua manusia, tak kita plu atau bukan untuk dijadikan sedikit inspirasi bila kita berada dalam situasi yang kita sendiri tidak jangkakan. Dia tidak segan silu dan kedekut pengalaman. Tidak ramai manusia mampu lakukan sepertimana yang dia lakukan walaupun tidak didedahkan sama sekali identitinya di blog.

Bila baca je blog ni, haku teringat seseorang di sebuah negeri beberapa tahun dulu. Hamba Tuhan ini juga penghidap HIV, dan dia juga berjaya menerima takdir yang tertulis untuknya. Cuma, hatinya sakit dan berdendam kerana dia sendiri tidak tahu, siapakan yang menghadiahkan dia dengan virus tu. Akhirnya, dia merahsiakan keadaan dirinya dan terus 'berhubung' dengan jantan-jantan baru. Akhirnya, ramai juga yang mendapat hadiah misteri dari dia tanpa mereka sedari. Dia cuma akan berterus terang jika ditanya, dan menggunakan kondom jika diminta. ( seseorang disini bukanlah blogger Warkah Kembara. Harap maklum ).

Haku percaya, setiap manusia ada masalah mereka yang tersendiri. Haku juga tidak dinafikan, juga ada masalah dan berdepan dengan pelbagai tekanan dan ujian. Ujian Warkah Kembara dengan masalahnya dan dia ada kelebihan yang tersendiri. Haku pula dengan ujian haku dan ada beberapa kelebihan lain sebagai imbangannya. Percaturan alam ini adil. Cuma kita je kadangkala terlepas dari menyedarinya.

Haku teringin nak face to face dengan owner blog tu. Nak kenali dia, selami hati dia dan bersahabat dengan dia. Dan haku dah mulakan langkah pertama haku, bola dah haku passing kat dia. Tunggu dia je lagi sama ada nak tangkap, sepak atau biarkan saja bola tu berlalu dari dia.

Haku harap, blogger tu dan semua insan-insan senasib dengan beliau, tabah dalam harungi cabaran tu. Jangan jadikan semua tu sebagai alasan untuk berputus asa. Masih ramai insan yang boleh menerima dan menyedari kewujudan anda.

Hug-hug, kiss-kiss


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 my PLU life, my PLU words, my PLU mind - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -