Popular Post

Posted by : Unknown December 06, 2015


Haku capai kotak rokok, tarik keluar sebatang dan aku letak dicelah dua bibir. Tangan kanan aku meraba-raba meja kecil sebelah katil mencari lighter. Bila tangan haku dapat merasakan objek berupa lighter tu, haku genggam dan nyalakan rokok yang sedia menunggu. Aku tarik sedalam dan sebanyak mungkin, asap yang bergandingan dengan nikotin dan tar memenuhi rongga peparu haku. Sengaja aku biar seketika dan hembus perlahan-lahan kemudiannya. Nikmat...

Jam sudah pukul 3.08 pagi. Mata masih segar bugar ni...
Pukul tiga pagi tidurlah intan

Besok bangun lagi senda gurauan
Bangun pagi-pagi hai renung ke awan
Lepas gosok gigi minum kopi satu cawan
Dari membaca sampailah did something yang menikmatkan, tetap rasa mengantuk tu tak datang. Sejak beberapa malam ni, susah betul untuk haku tidur seperti orang lain dan mencipta mimpi. Minda ni ligak je berputar. Banyak perkara yang haku fikirkan. Dan yang paling pasti dan paling banyak mewarnai fikiran ni, kenangan haku bersama ex-bf haku. Jelas di depan mata senyumannya, tangisannya, jelingannya. Jelas diingatan akan janji-janjinya selama hampir 10 tahun hubungan kami. 

2 tahun pemergiannya sikit pun tidak mengurangkan ingatan haku kepada dia, walaupun apa yang dia buat tu sama sekali tidak mampu akal yang waras ni menerima.

Guys (ada ke), please, help me to let him go forever from my mind. Dah macam-macam cara aku lakukan semata-mata untuk padamkan ingatan terhadap dia. Sampaikan terlantar sakit berbulan-bulan pon ada. Hurm.. Apesal la degil sangat otak aku neh nak follow apa yang haku nak.

Maybe kesukaran ni disebabkan oleh kesakitan dan kesukaran yang haku tempuh berpunca dari dia. Pelbagai masalah terpaksa haku berdepan semenjak dia tiada disisi haku. Dulu, dialah sumber kekuatan haku. Haku ada kerna kau ada.... Cheewahhh...

Now, everything's gone, kecuali ingatan haku terhadap dia dan semua kenangan kami, yang tu je kekal bersarang. Semua pencapaian dan hasil haku dulu sudah hilang satu persatu. Its hard for me to accept this too...


Kadang-kadang, ada juga rasa benci mengetuk hati haku terhadap dia, Ramzul Ihsan bin Hamzah. Tapi perasaan sayang yang menebal tu berjaya mendominasi dan mengalahkan perasaan benci. Kadang-kadang, kerana Ramzul Ihsan bin Hamzah ni, haku benci dengan sesiapa saja dari negeri Kelantan. Kerana persepsi haku orang Kelantan cuma baik dengan kita jika mereka perlukan sesuatu yang kita ada, bila apa yang dia perlukan sudah dipenuhi, maka dia pun akan pergi dan mencari mangsa baru. Persepsi haku terhadap Kelantanese amat negatif hinggakan bila persepsi ini terlintas dibenak haku hari tu, membuatkan haku flushing semua frenz Kelantan dari semua media sosial yang haku ada. Yang jadi mangsa, orang Kelantan yang tidak pernah memberikan haku masalah yang besar. Tapi bila persepsi tu hilang, haku tahu, semua rakyat Kelantan tak boleh disalahkan hanya kerana apa yang Ramzul Ihsan bin Hamzah ni lakukan kepada haku. Tak adil tu. Ramai juga warga Kelantan yang baik dan warga negeri lain pun ada juga yang berperangai lebih buruk dari dia. Walaupun fikiran haku bercampur baur, tapi haku tetap mengharapkan sesuatu yang indah untuk haku lalui bersama-sama dengan dia lagi.

Ayam dah lenguh mulut berkokok. Haku capai sebatang lagi rokok. Perlahan-lahan haku hisap dan mengharapkan rokok itu mampu menenangkan jiwa haku. Pil-pil yang haku perlu makan pun sudah tidak mampu memberikan bantuan bila haku perlukan.

Haku perlukan miracle buat masa ni. Miracle yang membantu haku untuk selesaikan semua masalah yang ada kat sekeliling haku dan membolehkan haku menjalani hidup haku dengan normal. Normal ni haku maksudkan seperti manusia lain, bergembira, berkerjaya dan beraktiviti yang disukai.



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 my PLU life, my PLU words, my PLU mind - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -