Popular Post

Posted by : Unknown December 04, 2015

Haku rasa ramai yang berperang jiwanya kalau berbicara tentang hal Perkahwinan Sejantina a.k.a Gay Marriage. Maka, keluarlah segala dalil, hadis dan ayat-ayat Quran yang menolak akan perihal ni. So, haku tak nak guna istilah Gay Marriage, tapi, haku nak gunakan istilah Gay Partnership atau Perjanjian Perkongsian. Bunyi lebih liberal sikit kan.

Haku bukan nak nafikan segala hukum hakam agama disini, bukan nak nafikan segala undang-undang adat mahupun negara, cuma haku rasa, perkara ni ada asas yang kuat dari sudut hubungan sosial.

Untuk jadi gay, bukan pilihan kita. Kalau kita boleh memilih, sape yang sanggup jadi gay ni. Bercinta secara sembunyi, 'berkeluarga' pun sembunyi-sembunyi gak. Bagi mereka yang normal, mereka senang la bercakap, itu haram ini halal, nabi tak mengaku umat bagai. Tapi jika mereka yang berada ditempat kita sebagai gay, apakah mereka mampu berdepan dengan segala cabaran dan tekanan yang ada?



Sehingga hari ni, takde satu makhluk normal pun yang mampu memberikan jalan penyelesaian yang berkesan bagi kaum kita untuk berubah menjadi lelaki straight dan bernafsu dengan lubang ***i. Mereka hanya pandai berhujan klise dengan berkeyakinan yang penyelesaian yang mereka utarakan tu berkesan. Tapi yang menanggung hazab tuh golongan kita.

HIV Aids. Selalu orang berkata, Gay amat mudah dijangkiti penyakit maut tu. Jawaban haku mudah. Manusia mana sekali pun tak kira gay atau tidak, berisiko tinggi untuk dapat sakit tu melalui sex sekiranya tiap malam bertukar ganti pasangan. Jadi, kalau pasangan normal boleh didik dengan kepentingan perkahwinan, so, perkara yang sama juga boleh dilaksanakan dengan golongan extra normal ni. Mengapa tidak diwujudkan juga pihak yang mempopularkan perhubungan yang mirip dengan perkahwinan bagi golongan gay. Ini mengajar golongan gay untuk setia dan lebih bertanggung jawab dengan pasangan dan mengurangkan risiko penyakit. 

Gay Partnership lebih praktikal dilaksanakan sementara bijak pandai yang ada berusaha mengkaji dan mencari jalan bagaimana untuk mengubah golongan gay menjadi dan menjalani kehidupan sebagai manusia straight.  Dengan wujudnye Gay Partnership, golongan gay lebih terikat dengan undang-undang yang mengawal bagai kawalan ke atas institusi kekeluargaan sedia ada. 

Haku yakin, Gay Pertnership mampu membentuk gay yang lebih setia dengan pasangan. Bila setia, kuranglah risiko penyakit-penyakit untuk merebak. Kualiti hidup lebih baik dan perjalanan hidup akan lebih bahagia.

Jika hidup bersama-sama serumah, segala perbelanjaan adalah atas dasar berkongsi. Ada masa dan ketika, pihak 'suami' akan berbelanja lebih untuk memastikan si 'isteri' selesa dan gembira. Cuba bayangkan, jika pasangan ini hidup bersama untuk tempoh yang lama. Berapa banyak duit yang dikongsi bersama untuk belian aset. Jika berkongsi, dan aset itu atas nama si 'suami', bagaimana pembahagian sekiranya hubungan mereke berakhir ditengah jalan? Jika empunya aset itu berbelanja dengan duitnya sendiri 100%, itu tidak menjadi masalah sangat, tapi, perebutan akan berlaku bagi belanja-belanja yang dilakukan bersama. Gay Partnership perlu wujud untuk kes-kes sebegini. Jika berlaku pembubaran, perlu ada pihak ketiga yang boleh mengawal selia pembahagian. Golongan gay juga perlu diperlakukan secara adil walaupun kita ini dianggap golongan yang tak perlu ada dan mencacatkan.

Dari pengalaman, clash adalah sesuatu yang merugikan. Akan ada pihak yang bertindak demi menjaga dirinya sendiri dan menafikan hak pihak lain walaupun pihak lain itu mempunyai hak yang lebih. 

Gay Parnership bukanlah untuk menafikan hak-hak dalam agama, tetapi ia cuma sekadar membantu meringankan tekanan yang golongan gay hadapi. Penyelarasan perlu ada secara sistematik dan agensi yang menguruskan Gay Partnership ini perlu peka terhadap keperluan gay semasa disamping menjalankan aktiviti-aktivi yang perlu demi membantu golongan ini meningkatkan potensi diri. 





Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 my PLU life, my PLU words, my PLU mind - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -