Popular Post

Posted by : Unknown December 13, 2015

Mata masih terang walaupun jam dah pukul 4.30 pagi. Sempat juga haku berblog walking ke blog-blog plu lain yang haku selalu jenguk tu. Seronok membaca. Lenggang bahasa (sebab plu, tu yang pakai lenggang tu) terasa natural. Dan seolah-olah dapat meneka bagaimana perwatakan depa ni. Sempat juga aku siapkan draft cerpen gay Hampas ep. 2 tu. Just haku akan touch up sikit lagi sebelum haku publishkan. 

Cerpen Hampas ni base on tru story. Cuma letak ajinomoto siket sebagai penambah perisa. May be its quite boring, tu la hakikatnya, tak ramai manusia yang memiliki jalan hidup yang superb, ada juga manusia yang life dia membosankan hingga ke hujung. Tak semua manusia memiliki life yang sempurna, tapi ramai manusia yang hanya ala kadar hidupnya.

Semalam, salah sorang "adik" haku kehilangan ayahnya. Terasa jiwanya yang rapuh tu berperang dan menahan diri untuk berdepan dengan hukum alam. Haku pernah lalui juga situasi ni. Berbelas tahun lamanya haku derita, sampai la ni. Tak banyak aku boleh nasihatkan dia melainkan...
1. Bersabar, mungkin itu adalah yang terbaik untuk dia.
2. M (nama dia) kena kuat untuk berdepan dengan hal ni. Jangan biar mak nampak M lemah. Sebab dia pon harapkan M untuk dia jadi kuat.
3. Now ur turn to doa to ur God. Sebelum ni ayah yang selalu doakan M. Now giliran M pula.



Actually, its really hard for me untuk nasihatkan orang dengan nasihat-nasihat berbunyi agama ni. Selepas banyak kejadian yang haku alami, haku dah semakin jauh dengan agama. Haku semakin sukar terima konsep "just buat sebab agama suruh atau konsep ujian dari tuhan kepada hambanya, atau, pelbagai persepsi yang agama wujudkan. Haku rasa, sisa agama yang masih ada dalam diri haku cumalah yang berbuat baik akan di balas dengan kebaikan, dan sebaliknya. Walaupun ia masih ada, tapi semakin hari semakin terhakis. Haku pernah berbuat baik, tapi akhirnya haku dikianati, so macam mana haku boleh pertahankan ia dalam jiwa haku. 


Selama haku bersahabat dengan Zoloft, ( dah tukar kepada Espran selepas haku mengadu Zoloft banyak mengganggu kestabilan dan kenikmatan seks haku) haku lebih banyak berfikir menggunakan lojik. Bukan sebab kesan ubat. Tapi fikiran memberontak tu datang tiba-tiba. 


Kalau ada yang membaca blog ni, pasti menjatuhkan hukuman bunuh ke atas haku. Takpe lah. Nak bunuh tu bunuhlah. Haku tak minta belas ihsan. Tapi kalau ada orang yang sudi untuk betulkan balik iman haku, dipersilakan. Bukan haku nak berdebat, bukan haku nak kondem. Haku cuma mahu kebenaran.

Contohnye, jika kita sayangkan seseorang, semestinya kita akan berikan keselesaan, kemewahan dan sebagainya untuk buat dia happy. Kita takkan menyakiti dia, siksa jiwanya atau apa-apa tindakan yang menyusahkan dia. Dan agamawan pula selalu berkata, setiap masalah itu adalah ujian atau tanda tuhan menyayangi kita. Redha dengan ujian dan sebagainya. Tuhan takkan menguji hambaNya dengan ujian yang melebihi kemampuan kita. 

Nak kata masalah tu sebagai karma atas perbuatan salah kita pun boleh jadi betul, boleh jadi salah. Pening.

Maaf. Betulkan pegangan haku. Iman haku dulu tak tebal. Jika iman umat akhir zaman (muslim) dikatakan hanya senipis kulit bawanh, haku percaya iman haku dulu lebih nipis dari tu. Bila iman nipis, kita akan mudah terbabas. Tolong kembalikan haku. Lagi sekali, haku bukan nak memperlekehkan mana-mana pihak. Haku tidak merendah-rendahkan mana-mana agama. Haku cuma ceritakan pergolakan jiwa haku yang ada masa haku sedar, dan ada masa haku menolak.



Haku cuma anti dengan manusia yang berpura-pura. Ramai je hipokrit kat dunia ni. Siangnya musang malamnya berbulu ayam. Kenapa tidak siang dan malam terus menjadi musang waima ketika mahu masuk ke reban sekali pun. Untuk apa berdentum-dentam anti LBGT di FB, di mamak stall atau di mana saja tapi pada masa yang sama bersembah sujud di Hornet, Planet Romeo, Grindr dan apps yang seangkatan? Untuk apa bercakap pasal hukum maksiat atau zina tapi di wechat, whatsapp atau dimana saja pantang nampak betina seksi mula la merayu nak jilat puki?


Nota:
Ditulis pada 12/12/2015 jam 4.30 pagi. Publish lewat sebab dok fikir wajar ke publish? Gamble aje lah.. Kann.

{ 2 carutans... read them below or Comment }

  1. Biarlah apa yg dilalui menjadi lipatan sejarah hidup, walaupun dirinya pernah bertapak istimewa dihatimu, namun inilah kehidupan, terima dgn hati yg terbuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq..
      Liat sket sebab cara yang tak masuk di akal...

      Delete

- Copyright © 2013 my PLU life, my PLU words, my PLU mind - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -