Popular Post

Posted by : Unknown March 28, 2015


Haku baru balik dari Hospital. Semalam haku terpaksa 'melawat' Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Fauziah dan telah di tahan di wad setelah sakit dalam perut haku makin terasa. Merasa le beberapa batang jarum menusuk masuk ke lapisan kulit haku yang makin gelap ni. Ada juga la beberapa orang pengunjung dan staff bertugas di sana menarik perhatian haku untuk menyegarkan mata.

Itu bukan cerita yang haku nak sampaikan. Selingan je tu. Hehehe.... (Senyum tawar).

Sebenarnya, blog ini bermula untuk haku lepaskan segala beban yang ada dalam jiwa haku. Bermula dengan kembali menjalani kehidupan solo, berdepan dengan tekanan jiwa, tekanan sosial, dan segala jenis tekanan yang ada hinggalah hari ni. Haku nak luahkan sikit apa yang dah jadi sepanjang menyepinya haku di sini.

September 2014
Bulan terakhir haku menjadi majikan. Selepas haku clash dulu, honestly haku berdepan dengan situasi yang amat mencabar bagi haku. Haku sama sekali tidak dapat melupakan semua kenangan sepanjang tempoh haku bersama dengan dia. Semua kenangan manis, kelat, pedas dan pahit menari-nari dalam minda haku. Hingga haku terpaksa menjalani rawatan rutin di Klinik Pakar.

Dengan semua tekanan dan masalah kesihatan yang menurun cepat, haku terpaksa membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskan perniagaan haku dan haku lepaskan kepada pihak lain dengan harga yang cukup murah.

Sape tak sayang business yang bertahun kita usahakan terpaksa kita lepaskan macam tu je. Business tu lambang hubungan haku dengan ex, kami usahakan sama-sama walaupun haku tau, haku yang berusaha lebih. Bunyi macam bodohkan, sebab clash dengan jantan, habis semua dibuang macam tu je. You'ols boleh fikir apa saja, tapi haku lebih tahu sebab musababnya.

Disember 2014
Bulan terakhir haku di Penang. Tempoh ni pon haku da jarang ada di Penang. Haku banyak balik kampung. Niat haku, haku nak mulakan life baru dan lupakan dia. Tapi susah sangat, sebab kemana-mana pon dulu, haku selalu dengan dia. So kat mana haku pi pon, pasti teringat kisah kami bersama.
Sebelum haku secara rasmi keluar dari Penang, haku cuba lakukan sesuatu untuk membolehkan haku terus ada disiu. Haku cuba mencari seseorang untuk menjadi 'someone'. Haku cuba menjadi haku yang dulu-dulu. Tapi semuanya tak berhasil. Even haku dah dapat pengganti, tapi haku makin kuat mengingati dan merindui dia. Bila haku gila-gila, haku pasti terhenti seketika dan air mata pasti mengalir sebab dia pernah ubah haku menjadi manusia yang lebih baik.

Akhirnya, 21 Disember 2014, haku pindahkan semua barang-barang haku. Secara rasminya, hayat haku di Penang cuma bertahan 12 tahun, 9 bulan dan 25 hari sahaja. Haku tau, haku suka Penang. Haku ramai kawan (walaupun depa str8), haku suka life kat sini dan haku juga suka food kat sini. Tapi, terlalu banyak memori yang ada dan memaksa haku berubah hala.

Januari 2015
Bermula episod yang makin gelap dalam hidup haku. Plan haku semuanya hancur. Selepas haku jual busines haku, pindah, sekelip mata saja haku hilang semuanya. Segala duit yang haku ada untuk mulakan busines baru, kat tempat baru lesap. Bukan kena curi, tapi dikhianati. Bermulalah haku yang pokai. Bermulalah haku yang makin tertekan bila memikirkan semua masalah dan cabaran yang haku berdepan.

Kini haku dah kais pagi makan petang. Kais petang makan malam. 

Kesihatan haku makin merosot. Lupakan dia? Failed. Teringat kat dia makin kuat ada la. Bullshit. Sikit demi sikit, haku mula blamed diri sendiri dengan keputusan yang haku buat. Bukan keputusan melepaskan busines haku, tapi haku blamed keputusan untuk berpindah. Haku rasa itu keputusan bodoh.

Hubungan haku dengan penasihat-penasihat yang guide haku untuk pindah mula berantakan. Pantang silap, haku maki je apa yang boleh. Tapi depa ni degil juga, mungkin depa rasa perlu untuk depa bersabar dengan haku yang penuh dengan tekanan ni. Haku selalu rasa bersalah dengan depa ni. Haku juga rasa bersalah dengan semua orang.

Dulu haku Boss. Kini aku cuma penganggur yang menunggu masa untuk menamatkan riwayat.

Haku terjumpa beberapa blog yang haku rasakan sedikit sebanyak, haku ada kombinasi dengan kedua-dua penulis ni. Lelaki Dalam Almari dan Cinta Homoseksual. Selepas baca semua tulis kedua-duanya, haku dapat rasa, haku ni kombinasi kedua-dua penulis ni walaupun tak sepenuhnya. Haku juga "dalam almari" dan haku juga berdepan dengan memacam kerenah dunia yang mirip dengan penulis Cinta Homoseksual tu. Bezanya, mereka berada di atas dan aku dah berada di bawah sejak hampir dua tahun. Dan aku juga masih gagal melupakan sebuah ikatan yang usianya hampir 10 tahun.





Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 my PLU life, my PLU words, my PLU mind - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -