Popular Post

Posted by : Unknown January 23, 2014


Berapa ramai dari kita yang clash dengan alasan pasangan kita nak berubah jadi "manusia normal", berkahwin, projek siang malam, then dapat anak? Bagus, sekurang-kurangnya pasangan korang masih berani beralasan bodoh tu sebab nak tinggalkan korang and tak berdiam diri terus tanpa sebarang alasan kan.

Hakku tahu, ramai jugak pasangan couple gay gunakan alasan tu sebab sudah bosan dengan pasangan masing-masing. So bile bagi alasan bodoh tu, harapan diorang, pasangan diorang boleh terima kenyataan yang dia nak berubah menjadi lelaki sempurna yang lebih baik, menuruti perintah Tuhan, menjalani kehidupan normal. Yang si pasangan pon, dengan sedih dan berat hati, terima la alasan bodoh tu sebab sayang punya pasal. Kanzzz.

Tup-tup, saban hari, si ex ni pon mulalah, pos pelbagai kata-kata nasihat Islamiah dalam hidup berumah tangga, status-status gedik ala-ala jantan lapaQ bini bagai. Tapi, at the same time, makin ramai pulak jejaka-jejaka jambu yang dia add kat friendlist dia. Kemudian, kat FB juga, makin kerap aktiviti ke sana-sini dengan jejaka-jejaka patah seribu tu. 

Please lah, jangan jadikan alasan nak kawen bagai tu sebagai alasan nak putuskan hubungan. Pada hakikat, korang memang nak menyundal dengan mana-mana jantan yang mampu memberikan pelbagai kemewahan lahiriah dan batiniah. Stop using marriage as your main reason to be a bullshit. You know why? Because, bila pasangan dapat tahu niat sebenar korang, hati dia akan perit. Jiwanya akan sakit. Dan its normal kalau pasang korang tu bersabar dengan permainan korang. Tapi sampai bila perlu bersabar, sabar itu juga ada limit dia. So kalau terjadi tindakan negatif, tiada pihak yang untung. 

Kalau dah jemu, kalau dah nak batalkan segala janji-janji manis dulu-dulu, lakukan dengan elok. Jangan mainkan perasaan orang. Jangan tambah kepedihan pada hati yang tengah sakit. Jangan biar orang hidup dalam dendam. Jadi manusia yang bersifat kemanusiaan dan jangan paksa orang lain ikut perangai kehaiwanan kita. Be gentle.


And gayz, please jangan gunakan pasangan korang sebagai sumber korang untuk memiliki kesenangan hidup. Jangan pergunakan orang untuk kepuasan material korang. Jangan ikut macam mamat berbaju kuning tu. 

Maaf, hakku bukan berniat nak memalukan sesiapa. Aku cuma dah lama beri peluang untuk orang macam Mamat berbaju kuning ni leraikan apa yang kusut. Dia yang mulakan, so why not kalau dia yang selesaikan segala masalah. Jangan ingat bila orang seranah kita, dia saja yang dapat dosa, kita dapat pahala. Fikir sama, mengapa orang seranah kita, jika kita puncanya, kita juga turut sama berkongsi dosa. 


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 my PLU life, my PLU words, my PLU mind - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -