Popular Post

Posted by : Unknown December 26, 2013


Semalam, (Christmas day) haku secara tak sengaja tertengok cerita ni ni kat FMP Channel. Not bad, bermula dengan konflik agama dalam diri individu dan akhirnya membawa kepada pelbagai isu yang perlukan pemikiran yang dalam untuk lebih memahami apa yang tersirat yang mahu disampaikan oleh penulis.

Cerita ini adalah adaptasi dari pada novel terkenal tulisan Yann Martel pada tahun 2001.

Seorang lelaki bernama Pi menceritakan kisah yang terjadi ketika dia berusia 16 tahun. Ketika keluarganya memutuskan untuk memindahkan zoo milik mereka dari India ke Kanada, Pi menjadi satu-satunya orang yang selamat dari karamnya kapal kargo yang mereka tumpangi.

Di atas bot penyelamat, ia bersama haiwan lainnya yang selamat, seekor kuda belang yang mengalami patah kaki, seekor hyena, orangutan betina dan Harimau Benggala agresif bernama Richard Parker. Hyena telah membunuh kuda belang dan kemudiannya orangutan. Setelah harimau memangsa hyena, Pi cuba menangkap ikan untuk ia berikan kepada harimau sebelum ia sendiri menjadi makanan harimau tersebut.

Hanya bermodalkan bot penyalamat yang kecil dan di temani oleh seekor harimau benggala yang cukup buas, Pi harus menahan lapar selama berhari-hari lamanya. Menahan rasa haus yang cukup dahaga setiap waktu. Dan perlu sentiasa berhati-hati agar tidak menjadi makanan kepada harimau benggal yang ada bersamanya sepanjang waktu. Walaubagaimana pun, Pi Berjaya membuatkan harimau itu patuh kepadanya sekalipun bukan menjinakkannya.

Selama berhari-hari itu pula Pi harus tetap berfikir dan berdoa, juga sesekali menyalahkan diri atas kejadian tersebut. Perlahan Pi mulai menemukan jalan dalam kebuntuan tesebut, mulai menemukan semangat untuk tetap hidup dan bertahan. Bermula kisah kebergantungan seorang manusia terhadap seekor binatang dalam kelangsungan kehidupan. Pi sedar, kekuatannya wujud dengan wujudnya harimau benggal itu. Tanpa harimau itu, Pi yakin, dia sudah lama berputus asa dalam memperjuangkan kelangsungan kehidupannya sendiri.

Walau pun Pi berada di tengah lautan yang begitu luas, ruang untuk dia bergerak hanya seukuran kapal yang begitu kecil. Tapi ia masih punya ruang pemikiran yang begitu luas, lebih luas dari lautan tersebut. 

Akhirnya, Pi yang belayar dalam bot kecil bersama-sama dengan harimau, setelah menempuh pelbagai kesusahan, menyaksikan pelbagai keajaiban, berjaya terdampar di pantai Mexico. Kesedihan sedikit terlihat apabila Peter Parker, harimau benggala yang menjadi teman ketika dalam pelayaran, meninggalkan Pi sendirian terbaring di tepi pantai tanpa sedikit pun menoleh ‘tuan’nya itu. Ketika itu Pi sedar, Peter Parker tidak pernah sedikit pun mengganggap dirinya sebagai kawan biarpun ketika sepanjang pelayaran itu, mereka berdua boleh bekerja sama dan sentiasa saling menjaga.

Selepas menonton, haku tersedar yang perjalanan cerita ini sedikit hampir dengan kisah hidup haku sebelum ni. Dimana, haku adalah Pi, dia adalah Peter Parker, dan watak-watak lain adalah mereka-mereka yang pernah wujud disekeliling haku. Terima kasih untuk dia kerana berjaya menjiwai watak Peter Parker dengan hebat sekali, yakni, berpaling tanpa menoleh lagi dan melupakan segala susah payah yang kami sama-sama lalui.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2013 my PLU life, my PLU words, my PLU mind - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -